Wednesday, September 5, 2012

o0h, saya CACAT rupanya!!

Assalamualaikum..

Hari nie nak update entry pasal LESUNG PIPIT. menda pe plak lesung pipit neh kan?? yg mana yg tak tau tu mesti tengah terbayang macam nie,
HaHaaa.. hmm aku dilahirkan dengan 2 lesung pipit di pipi kiri dan kanan. sejak akhir2 nie, aku baru perasan yg lesung pipit aku neh macam da hilang. macam magik plak kan? boleh plak dia main hilang2. Actually, aku tak pernah kisah pun pasal lesung pipit neh. cuma baru perasan bru2 nie macam da hilang je. huhuu.. siap tanya my mom lagi nape leh hilang2. then kata my mom, "mana tak ilang da gemok sangat, tenggelam abis lah". huuu sungguh tragis pengakuan tuu..

So, aku pun search la kt internet tuk dapatkan info tentang lesung pipit neh. HUHH!!! ayat pertama yg aku nampak adalah, ORANG YG ADA LESUNG PIPIT ADALAH CACAT!! waaa,,, terbaek lah, menarik! aku baru taw neh! rilex2...cool.. cacat yg macam mana tu? meh sini kita kongsi sama2.

"Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, factor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi. Lesung pipit boleh terjadi apabila otot zygomaticus utama yang terbentuk lebih pendek daripada ukuran sebenar, ataupun otot ini terbelah menjadi dua. Ketika seseorang senyum atau ketawa maka akan ada daya tarik kulit yang akan menghasilkan lesung pipit (efek penarikan kulit tersebut)."

Menurut kajian yang dah dijalankan, lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik. Dan lebih menarik lesung pipit adalah gen yang dominan. Maksudnya, kalau mana-mana pasangan yang salah sorangnya ada lesung pipit, anak yang bakal lahir akan ada possibility untuk dapat lesung pipit sebanyak 20-50%! apa lagi, cari pasangan yang ada lesung pipit!. LOL 
Semua my siblings mempunyai lesung pipit di kedua2 belh pipi, awesom kan??

So, berbalik pasal CACAT, heee tak kisah laa kalau cacat zygomaticus neh kalau nampak comel kan?? (perasan!). pandangan masyarakat mengatakan lesung pipit menjadikan seseorang kelihatan lebih comel, menarik, dan tampan. so, tak pe laaa kan..hahaaa.
My Brother yg tak senyum pun ley nampak dimple. but me, da samar2.hahaa
My Little sis, dimple kiri kanan yg dalam. macam kena cucuk lidi!
And, it's ME..!! nak jugak interframe. huuu
Bersyukurlah dengan apa yg kau miliki.. sesungguhnya ciptaan Tuhan adalah yg terindah~


 

Pena Ungu Ain...aku hambaMu~ © 2008. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner