Asalamualaikum.. salam 1 blogger..!
Lama tak update blog, da BERSAWANG pun! (ayat familiar blogger)hehee. Just busy dengan kerja sekarang, Alhamdulillah.. rezeki yang tak disangka2, masuk bidang profesional plak tu sedangkan diri ni tak pro langsung.ahaks!
They called me a TEACHER.. teacher ain!teacher ain!hehee..cumel je terasa. Thanks to my little sis yg slalu doakan aku. baru darjah 6, tapi dah selalu bangun solat malam T_T. "Adek doa kakak dapat kerja cepat2..hari2 adek doa..kakak pun doa laa bagi adek dapat 5A UPSR taw.." touching!
Siapa sangka, aku dapat jadi cikgu sandaran dalam sekelip mata. gi PPD, terus lapor diri esoknye kat sekolah. memang rezeki aku sebab kata pegawai kat situ sekarang pengambilan cikgu sandaran dah kurang and kalau ada pun just tuk mereka2 yg dah berbulan apply. But, hari yang sepatutnya aku happy bertukar jadi hari yang sangat menyedihkan!
Tarikh aku lapor diri kat sekolah kebetulan hari lahir aku yg ke-21..aku happy sangat bila dapat tawaran kerja tu,walaupun kontrak je. tapi, balik je dari PPD, aku dapat panggilan interview dari sebuah syarikat swasta yg memang aku nak sangat. Tapi, sangat mengecewakan bila dorang suruh aku gi interview tu esok. memang MUSTAHIL la kan!! masa tu rase nak nanges je laju2! dah la kat area selangor.aku pulak mase tu kat perak. masa tu pulak dah pukul 4 petang. esok dah la 1st day lapor diri kat sekolah. memang down betul mase tu, tak tau nak fikir apa dah. yang menambahkan lagi kekecewaan tu bila syarikat tu col aku hampir 5 kali tuk 3 hari berturut2. and my bestfrenz cakap, kalau banyak kali col tu memang betol2 shortlist tu!waaa... lagi aku down..
Tuk calm down kan diri aku sendiri, aku sms laa kenalan2 terdekat tuk mintak pendapat.smuanya suruh aku gi interview tu. yelaa kerja tetap kn. cikgu sandaran nie sementara je. lagipun tak salah cuba dulu kan. dalam dok sedeh2 tu, bole plak adek datang interframe. "Allah makbulkan doa adek..sok harijadi kakak.kakak dapat keje. dulu tak dapat keje, sekali kakak dapat banyak..kakak jadilaa cikgu kat sekolah adek..adek teringin nak g sekolah ngan kakak.."lepas habis je cakap cam tu,adek nanges teresak2,pastu lari ntah gi mana sambil tutup pintu bilik aku kuat2. Terkedu~
After that, abah col aku..aku kalau tengah sedey memang tak leh cakap ngan abah, paling aku lemah. air mata mesti jatuh punyer. abah cakap, dia tanya pendapat kawan2 die.. ramai yg cakap tak payah la pegi sebab kebetulan macam2 kes penipuan berlaku sekarang kat area KL. tambah plak keluar berita seorang gadis diperkosa bila datang interview keje. abah keje polis, so memang dia alert la hal2 macam nie. memandangkan keadaan aku sangat down mase 2, aku jadi terasa ngan abah. sedeh! abah langsung tak support aku..ayat abah yg aku ingat sampai sekarang, "buat la satu2 dulu..interview tu belum tentu dpat. keje dulu yg mana dapat..Tuhan nak uji laa tu..dapat jadi cikgu tiba2 yg lain datang. keje dulu yg ni, senang..sekolah dekat dengan rumah..ada rezeki sok, dapat plak tawaran yg laen.."air mata terus laju je turun.."tak bagi pergi tak pe lah.."tu je ayat aku,terus aku pas telefon kat ibu and masuk bilik.lepas tu nanges laju2.dalam dok nanges tu terasa macam dosa sangat2 sebab cakap cam tu kat abah.. amek fon, taip mesej, "orang mintak maaf.." send.
Nanges punye nanges, sorang pun tak membantu.. takde langsung ayat peransang, bertambah down ade la.sangat2 pressure..rase nk marah semua orang je. abah col pun takot nak angkat. bukan leh cakap pun, air mata je yg kluar. last2 angah ketuk pintu cakap along col. aku pun keluar, amek fon,masuk bilik, and kunci. AJAIB...!!kata2 along wat aku jadi tenang, benti nanges n senyum terus. kate along, "cube jangan cepat gelabah..buat satu2..sok, lapor diri dulu kat sekolah..tak payah fikir pasal intrview tu..nnti dok serabut, budak2 cakap A, dia cakap Z.. ade masa free, col balik dorang. cakap baik2.. cakap la sy hrap sngat dpat hadir intrview tu, tp ade mslah ckit. ckap jauh,n tgah keje tak dapat cuti. klau bole bagi plepasan tuk wat hri lain, sy sngat2 hargai..klau tak boleh, ckap saya tak dapat nak buat apa2..klau dorang betul2 nak dorang akan bagi. klau tak, tak de rezeki maknany.." dengar je cakap along, aku jadi lega..along je yg faham situasi aku. aku bukan nak kata2 peransang pun, cuma aku nak orang bagitau tau aku ape aku perlu buat sebab aku da serabot sngat masa tu.. thanks along sebab sudi col and curi2 waktu tuk aku sedangkan masa tu dye tengah keje..
Kata2 along bagi aku harapan sebab masa dapat col tu, aku ada cakap boleh tak aku col and informkan semula. masa tu talian aku dorang pas kt orang atasan dorang. ada la dalam 3x passing. and orang tu cakap ok, akan tunggu panggilan aku semula. Esoknya, macam yg along suruh, aku col syarikat tu semula masa aku tak de claz. tapi sakit hati and terkejut sangat bila yg jawab col tu sekadar endah tak endah je. cakap pun sepatah dua je. bayangkan boleh die cakap, "ok.k.tak.hmm"sakitnye ati...perempuan yg sama yg penah ckap ngan aku,tapi dye stage dua. dye tak pass plak col aku kat lelaki yg stage ke3 yg aku anggap bos tu. akhirnya, aku pun mengalah..tak de rezeki kot...
Aku pun mulakan laa hidup sebgai guru sandaran dengan happy dan jayanya.. bukan sekadar mengajar, tapi aku yg banyak belajar.. sangat bersyukur sebab bidang nie banyak ubah diri aku. jadi seorang yg lebih penyabar, dan usaha lebih sebb ini bukan bidang aku.apa yg aku buat,sentiasa dperhatikan,aku kena jadi role yg baik pada student2 walaupun luar kawasan sekolah. memandangkn kbetulan aku je cikgu yang masih belum kawen n paling muda kat ctu, paham2 je laa kalau jadi femes dalam sekelip mata n jdi guru kesayangan kan..ehehee.perasan!ape pun aku sangat berterima kasih pada pihak2 yg banyak bantu aku sepanjang tempoh perkhidmata aku tu. cikgu2 yg friendly..guru besar yg peramah, n pnolong kanan yg sangat caring pasal aku.smpaikan aku dapat hadiah lgi dri pnolong kanan.terima kasih..
Dan sekarang, kontrak aku akan tamat tak lama lagi..aku pun mula serius balik dalam proses cari kerje neh. mcam biasa, aku dapat lagi dua tiga tawaran. tapi kli nie aku lebih tenang and hati2..tak macam dulu dah.ahahah..aku tolak mentah2 bila dapat area yg jauh2 and aku rase susah tuk aku survive. sampai laa satu hari, aku bukak email and tetiba dapat 1 iklan jawatan kosong...yang mengejutkan aku, iklan tu dari syarikt yg sama yg buat aku jadi hampir nak gila gara2 hanya kerana 1 interview. lebih mengejutkan, bila iklan tu adalah tuk jawatan yg SAMA!haaaa...iklan tu baru dkeluarkan 2 hari lepas dan iklan yg sama dulu baru je berlalu dalam tempoh 2 bulan. perasaan aku masa tu??aku tak tau nak rase ape. 1st thing yg terlintas kt fikiran aku masa tu, PADAN MUKA dorang!ohh jahatnye aku!bukan sebab aku tk berpeluang gi interview tu,tapi sebab aku teringat staf yg tak mesra alam tu. sampaikan aku terfikir, mesti orang yg dpat position tu dah letak jawatan gara2 tak tahan. 10x jugak laa aku fikir, nak apply ke tak?? terus kenagan lama bermain kt kpala aku nie. teringat kata2 abah..air mta turun macam air hujan..ajaibnya kuasa Allah..apa saje boleh berlaku tanpa diduga kn??
Akhirnya aku buat keputusan tuk abaikan je iklan tu..dan ape pun yg aku buat lepas nie aku akan utamakan nasihat ibu dan abah. tak nak perkara dulu berulang dah. dan aku happy ngan keputusan aku.. yang penting, aku nak hargai sebaiknya apa yg ada pada aku sekarang.. ibu dan abah harta yang paling berharga, dan krana doa mereka lah yg bawa aku kepada siapa aku sekarang. moga Allah sentiasa lindungi ibu dan abah, aminnnn...
Terima kasih kerana mengajar apa erti kehidupan yang sebenar..Moga mereka terus menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat.. |