Showing posts with label Cinta Islamik. Show all posts
Showing posts with label Cinta Islamik. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

La Tahzan Innallaha Ma'ana

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"

Siapalah kita untuk melawan takdirNya. sungguhnya hanya Engkau Yang Maha Berkuasa atas tiap peri yg berlaku. aku dalam dilema tatkala memikirkan antara keperluan, kehendak, kewajipan yg aula'..
Ya Baqi', berikan hatiku keredhaan atas percaturanNya. bukalah pintu kejayaan dan jalan keluar bagiku agar aku tidak terus dihimpit rasa resah. curahkan padaku Rahmat dan NikmatMu.. limpahkan cahaya Taufiq buatku untuk menetapkannya. Andai dia tercipta buatku, milikku, perkenankanlah permohonanku.
Ameen.. ya rabbal alamin..

Malam nifsu sya'ban bakal menjelma tak lama lagi. moga kami masih diberi peluang untuk terus bermunajat kepadaMu dan istiqamah beribadah. Allah..terlalu lemah detik ini. Tuhan Yang Maha Mengetahui putaran alam, jatuh bangun hambaMu mengajar erti hakiki sebuah kehidupan. aku tidak pasrah tetapi aku redha dengan ketentuanMu. sesungguhnya Engkau Tuhan yg Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi..
Mereka mungkin mampu mendengar, tapi belum tentu memahami. hanya Allah tempat mengadu dan mampu memberi kunci kepada pintu kesulitan. ya Allah, sesungguhnya Engkaulah kekasih setia yg tak pernah sesekali meningkalkan aku walaupun aku seringkali melupakanMu.

PadaMu, ku mohon pertunjuk berikanlah aku kekuatan. permudahkan urusanku buat masa kini dan pada masa akan datang. andai ia tidak baik buatku, agamaku, duniaku, maka elakkan diriku daripadanya. andai ia ditakdirkan baik buatku maka mudahkan laluannya.. ameen...

Thursday, June 14, 2012

Tulang Rusuk kiri siapa?

by: Naziha Khorlid


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?


Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

Saturday, May 7, 2011

Pepohon RinduKu~

MySpaceGraphicsandAnimations.com

Bila hati mula berbunga, mampukah ku jaga..?
Entah bila ia mula disemai, tanpa sedar pohon rindu mulai tumbuh..
Ya Allah.. ku mohon pelihara pohon rindu ini
biar rimbun mekar berbunga..
Turunkanlah hujan rahmat agar mampu ku sirami ia dengan keredhaan Mu.
Jauhi dari panas gersang
moga ia tak layu,gugur ke lembah nafsu..
Sinarilah pohon rindu ini dengan cahaya kebenaranMu ya Tuhan
agar tumbuh ranting-ranting Iman..
Akan ku jaga ranting-rantingnya agar tidak rapuh
akan ku taburkan baja keikhlasan
ku pagari dengan batasan
moga dijauhi segala kemungkaran..

Wahai pohon rinduku..
akan ku pelihara sehingga kau berbunga
Andai tiba waktunya,
berbuahlah engkau dengan CINTA..
cinta suci, yang pastinya diredhai..
Buah cinta impianku,
akan ku serahkan pada si dia..
Dialah seorang lelaki..lelaki yg bergelar SUAMI...

Sunday, May 1, 2011

waRkaH buaT bakal Suamiku..


Assalamualaikum w.b.t....

Buat kamu yang bakal bergelar suamiku, sudahkah kamu bersyukur kepada Allah hari ini, kerana masih diberi peluang untuk dirimu menikmati keindahan dunia? Janganlah sesekali kamu alpa dan leka, kerana mati mu, entah bila akan tiba...

Abang,

Dalam sujudku, sering ku titipkan doa agar perjalananmu untuk menemui aku sentiasa dipermudahkan, dan dijauhi dari sebarang kesulitan. Janganlah sesekali kau berduka dan berputus asa sepanjang perjalananmu, kerana pertolongan Tuhan sentiasa ada disisi setiap hambaNya. Abang, andai ditakdirkan kau lah jodoh yang ditetapkan Tuhan buatku, Imam di dalam solatku, ayah kepada zuriatku, nahkoda dalam layar kehidupan menuju keredhaan, pasti kita akan dipertemukan. Jika ditakdirkan bersama, walau jauh pasti bertemu. jika tidak, walau dekat tetap tidak akan bersatu..


Wahai bakal suamiku..

Sudahkah kau persiapkan dirimu untuk menjadi pemimpin yang membawa keluarga ke syurga?Sekukuh mana Imanmu? sedalam mana ilmu akhiratmu? Ya Allah.. dalam tadah doaku, ku mohon dirimu bisa menjadi lelaki acuan Al-Quran. Lelaki yang basah lidahnya mengingati Tuhan, tunduk pandangannya penuh kesederhanaan. Lembut tuturnya dalam ketaqwaan, Quran dan sunnah jadi panduan. Akhlak nabi jadi ikutan, hidup matinya kerana Tuhan.. dan juga, jadi teman di perjalanan..


Sayang..

Maafkan diriku andai pernah mencemari perasaan sayang dan cinta yang dikurniakan Tuhan ini pada mainan perasaan hati.. Astagfirullah... sesungguhnya diri ini hanyalah insan biasa yang lemah dan mudah leka dengan godaan dunia. namun, Alhamdulillah, sesungguhnya Allah masih menyayangi diri ini. Terjaga ku dari lamunan, selamat dari terhanyut, sedar bahawa perasaan cinta yang wujud perlu dipelihara, dan hanya akan ku serahkan padamu pada saat dan tika kau menjemput aku ke bahtera perkahwinan, berlayar bersama berpandukan Islam, dalam menuju keredhaan..

Sayang..

Semoga kau sentiasa dirahmati Tuhan.. bersabarlah.. kuatkanlah Imanmu, jangan sesekali tersungkur dengan godaan dunia. semoga perjalananmu dalam mencari aku, kau hiasi dengan ketaqwaan dan keikhlasan. Dan, sepanjang penantian menunggu dirimu, akan ku persiapkan diri untuk menjadi seorang isteri yang solehah. semoga kau juga tidak lupa untuk titipkan doa buat diri ini agar terus bersabar dan menjaga maruah demi bergelar seorang isteri. sama-samalah kita berdoa agar penantian ini berakhir dengan kebahagiaan.. Ajal maut, jodoh pertemuan, segalanya telah ditentukan. begitu juga aku, yang sememangnya telah dicipta dari tulang rusukmu..


Carilah aku, dan jemput aku menjadi teman hidupmu.. Andai diredhai Allah, pasti bertemu lagi disyurga. Jangan khuatir andai masih jauh perjalananmu, andai masih lama masa diperlukan, kerana saat dan detik itu telah ditetapkan sejak azali.. dan ingatlah, pesanan buat aku dan juga dirimu, untuk mencari cinta sejati carilah dulu cinta Illahi.. Cintailah diriNya, dan kau pasti dikurniakan si dia yang juga mencintai diriNya. andai bertemu, mencintailah seperti mana kamu ingin dicintai.. Walallahu a'lam...

nurkilan, aien airin.....

Friday, April 29, 2011

pesANan buaT aKu dan Kamu yg Bergelar wANiTa

roses
Wahai wanita.. sesungguhnya kejadiannmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi. bukan dicipta dr kepala untuk disanjung dan dipuja. bukan pula diciptakan drpda kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran, drpda keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. adakah semudah itu kau ingin menyerah diri kepada sang kumbang?

Renungkanlah pada keindahan mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. dari kejauhan, keharumannya mencuri perhatian. kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Wahai wanita..,kejadian dirimu menjadi pelemah kepada lelaki. seandainya pakaian malu kau tinggalkan drpda tubuhmu, dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah diri mu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayangnya tidak berduri. kau tidak lagi layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri. sesungguhnya utusan ALLAH swt ( nabi Muhammad saw) ada mengatakan tentang bahayanya dirimu, "tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain drpda fitnah yg berpunca drpda wanita". adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya kaum lelaki ke neraka?
Ingatklah wahai wanita, ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat lelaki, lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan tertentu sahaja. sesuatau yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.
Alangkah baiknya jika kau memelihara dirimu sebagai hadiah yang tulus, suci dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH swt buat dirimu. Indahnya hidup ini andai dilayari dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama ADAM. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik..
p/s; ya ALLAH, jadikanlah kami sebagai bidadari syurga.. aminn...

Sunday, February 20, 2011

TerB@ng BuruNg terb@Ng

Terbang burungku terbang,
terbang tinggi ke awan,
manis tutur bicara si abang,
membuai si gadis dalam khayalan.
*
Cari ku cari si burung nuri,
nuri ku ada di tepi perigi,
mana nak cari seorang lelaki,
beriman berbudi bijak bestari.
*
Cantik sungguh si burung merak,
tapi sayang terbang tak tinggi,
cantik rupa janganlah bongkak,
kelak pasti merana diri.

Mana nak sama enggang dan pipit,
bila bersama tidak sepadan.
bercinta sanggup berhabis wang ringgit,
nasihat orang tua langsung diketepikan.
*
Terbang si pipit membawa diri,
terbang pergi mencari pelangi,
kalau mahu cinta sejati,
ia ada pada cinta ILLAHi.




Thursday, February 17, 2011

CahaYa keHIDuPan..


Flickering Candle Pictures, Images and Photos
Aku hanya merancang,
Tuhan yang menentukan..
ku pasrah pada ujian,
biarpun datang menghujan,
namun adanya hikmah seiringan,
untuk ku fikirkan..
Biar segetir mana ujian melanda,
baik berjaya atau kecewa,
baik suka atau terluka,
ku terima dengan hati terbuka..
kerana memang begitu HENDAK-NYA,
ku yakini itulah yang terbaik dariNya,
buatku, seorang hamba..
Hanya Dia,
MENGETAHUI SEGALANYA..


 

Pena Ungu Ain...aku hambaMu~ © 2008. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner