Showing posts with label coretan Hati. Show all posts
Showing posts with label coretan Hati. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Kerana cinta,pensil menari lagi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sminggu berhari raya dan pun berlalu. semua da kembali pada kehidupan macam biasa. kerja, sekolah, dan ada jugak yang da balik ke kampus. tapi entry kali nie bukan nak bercerita tentang raya. tapi tentang kisah cinta yg dah lama ditinggalkan. Cinta apa?? bukan cinta pada manusia, tapi cinta pada diri sendiri yg ada dalam hati dan dialurkan pada sebatang PENSIL.

Pernah satu ketika dulu jiwa bersama pensil dan sehelai kertas putih telah lama hilang bersama sebuah kisah duka. tiada jiwa, tiadalah lakaran kehidupan seperti yg pernah aku ceritakan dulu dalam sebuah entri lama, PENSIL TANDA CINTA

Dan kerana cinta yg masih ada, kertas putih masih mampu lagi terlakar semula =)


kerana cinta pada teman dan sahabat

Wednesday, July 25, 2012

Cinta is Beautiful (kau dalam doa ku)

Cinta.. seronok bila berkata tentang cinta. tapi, cinta kepada Allah dan RasulNya   more awesome! dan cinta kepada kedua ibu bapa are full of Barakah~
cinta satu perasaan kurniaan Allah. Dia yg mengurniakan dan dia juga mampu mengambilnya semula. oleh itu, sebagai hambaNya kita tak boleh angkuh dengan cinta yg dipinjamkan dengan cara mengagungkan cinta sesama manusia melebihi cinta kepadaNya. Pernahkah kamu merasai cinta? adakah cinta, sayang, dan suka suatu perasaan yg sama? jika tidak, bagaimana pula ingin membezakannya?
Semasa di alam persekolahan dan mula mencari erti cinta, pelbagai tafsiran dan imaginasi mula terlakar di fikiran. sebagai seorang gadis, pastinya tidak terlepas dari usikan dan mainan perasaan sendiri. semakin meningkat dewasa, minda mula melakarkan impian yang indah2 mengenai sebuah cinta =)
Hati t'tanya2, dari tulang rusuk siapakah aku diciptakan?hati mula bergetar. isyarat dihantar kepada otak lalu minda menghasilkan imaginasi yg cukup indah. si dia seorang hartawan, kacak persis sang putera kayangan.. baik, romantis, dan sempurna pada pandangan. impikan hidup bersama hingga ke akhirnya. tatkala imaginasi sedemikian lenyap, bibir tak lekang dari mnguntumkan senyuman. o0h bahagianya~


Usia dan persekitaran bagaikan mencerminkan masa depan. fikiran mula berubah. bayangan jejaka idaman kini semakin jelas. dia seorang doktor, atau mungkin seorang lawyer. miliki keluarga yg sempurna, anak yg baik dan mghormati orang tuanya. bangga terasa jika berdampingan ke majlis atau keramaian. mata memandang, cemburu melihat keserasian dan kebahagiaan yg dibina. apakah itu yg aku impikan? senyuman sekali lagi terukir saat  bayangan yg dicipta hilang lakaranya~


Ku daki lagi menara ilmu. jauh perjalanan, semakin luas pandangan. pelbagai manusia, ragam dan peristiwa telah aku temui. bagaimana pula cinta yg aku temui tika ini? adakah sama seperti bayangan sebelumnya? Ternyata ia semakin berubah.. jika dulu, sang kacak jadi idaman. si hartawan jadi impian. tapi, semakin aku mengenal sang Pencipta, semakin aku mngenal cintaNya, semakin itulah aku impikan si dia yg melabuhkan cintanya pada sang pencipta..


Ku didatangi seorang teman, arif bidang perubatannya. doktor gelaran pangkalnya. ku punyai seorang teman, petah kata2nya. undang2 jadi peganganya. ku dikurniakan seorang lagi teman, bijak orangya. digelar pensyarah oleh pelajarnya. dan aku dianugerahkan ramai teman terbaik dari pelbagai kepakaran dan bidang yg ternyata begitu hebatnya. tetapi mengapakah aku tidak rasa bahagia? bayangan indah yg slalu bermain difikiran tidak lagi mampu terlakar. seorang teman pernah bertanya, "apa yg kau pandang pda seorang lelaki utk dijadikan suami? mengapa menolak cinta mereka yg hebat?" persoalannya, adakah mereka benar2 hebat? aku akui, mereka hebat di mata manusia. tapi, adakah mereka hebat di mata tuhanNya juga?


Ku orak perjalan semakin jauh. mula mencari apa erti cinta sebenar? mengapakah mereka yg seperti aku impikan selama ini tak bisa membuat hati aku tenang? lalu aku serahkan cinta pada yg Maha Esa.. ku kukuhkan cinta pada kedua ibu bapa. ternyata, jiwa semakin tenang.. diri begitu rapuh. terlalu mudah jatuh tersungkur. kerana itu, aku mula megharapkan seorang pemimpin yg mampu membimbig aku ke jalanNya. meghulurkan tangan saat aku jatuh trsungkur. mengemudi bahtera menuju redhaNya. menghiasi hari2 dengan nasihat dan ajaran berguna. kerana aku bukanlah sempurna, yg masih kurang ilmu dunia dan akhiratnya..


Malam yg hening buat aku berfikir sejenak. siapa aku utk mengharapkan seorang lelaki yg hebat? aku tak secantik zulaika utk dambakan lelaki sekacak Yusuf. aku tak setabah Fatimah tuk miliki lelaki sperti saidatina Ali. dan aku tak sehebat Khadijah untk impikan seseorang seperti Muhammad ya rasulullah.. aku hanya insan biasa yg tak sempurna dan tak lari drpda melakukan dosa dan kesilapan. tiada lagi senyuman terukir di bibir saat bayangan hidup bersama lelaki yg hebat di mata manusia brmain di minda. sebaliknya, kalimah SUBHANALLAH trpancul kluar saat bayangan hidup brsama seorang lelaki soleh acuan al-quran berlegar di minda. hidup yg sederhana, direstui yg disekelilingnya. indahnya bahtera yg dipimpin oleh lelaki yg berusaha mngikut jejak Rasulullah. yg menjatuhkan lututnya utk sujud pda sang pencipta. bahagianya hidup menjadi makmum pada seorang imam yg mnerima setiap kekurangan diri. yg mnganggap diri bkan skadar seorang isteri, tapi peneman hidup utk sama2 menuju syurgaNya. dan alangkah manisnya hidup manjadi makmum yg mengaminkan doa si imam di setiap lewat solatnya disepertiga malam. air mata mula bercucuran.. layak kah aku ya Rabbi??


Tak perlu mendambakan yg soleh atau solehah utk dijadikan pasangan hidup. sebaliknya, berusahalah mnjadi yg soleh dan solehah. kerana janji Tuhan itu pasti, mereka yg baik akan mndapat pasangan yg baik.. ku tinggalkan sejarah silam. ku tempuhi hari mndatang brlandaskan jalanNya. aku berusaha mnjadi yg lebih baik di mataNya. krana itu, Allah kurniakan orang yg baik disekeliling utk bantu aku berubah. dan aku brsyukur krana itu. dari situ, aku mula kenal apa erti sayang dan cinta. Tuhan hadirkan seseorang dalam hidup kita sama ada utk kita belajar daripanya ataupun utk kita hdup bersama dengannya.


Manisnya rindu..satu perasaan yg tak dapat diungkapkan. selama ini, apa yg ku rasakan adalah sayang. syag pabila kita berasa berat utk melepaskn sesuatu.mgharapkan ia mnjadi milik kita selamnya. resah bila ketiadaan atau kehilangan.melindungi ia dengan sebaiknya.itulah erti sayang. tetapi cinta??
CINTA buat kamu rasa tenang.. membuatkan bibir trsenyum tiap kali trkenang..merasa bahagia bila dia gembira.. dan membiarkan dia membuat pilihan yg membahagiakn dirinya. rasa rindu saat tiada khabar berita. tak pernah resah jika diri bukan pilihannya..


Ku rasakan perasaan ini terlalu indah..ntah knapa perasaan ini membuatkan aku smakin dekat pada sang Pencipta. menjadikan aku brsyukur dgan rasa yg dikurnia. hati tenang saat mngingati dirinya..indahnya rindu itu..ntah bila akan bersua. semoga Tuhan kekalkan rasa cinta ini kepadanya. kerana itu,
DIA SENTIASA DALAM DOA KU... kerana IMANnya, aku JATUH CINTA..

Thursday, June 14, 2012

Hide the hurt with a SMILE~

lonely raindrops Pictures, Images and Photos
I got the answer.. and it really hurt me ='[
aku manusia biasa yang tak punya kekuatan
aku jatuh lagi..
tercalar..terluka..
but I keep on smiling

Aku bukan lemah, tapi terlalu lama bertahan
tersungkur dalam harapan sendiri..
Terasa kosong... Jauh...
but I know I'm not lonely,
Allah is always be with me

Aku perlu bangun dan terus melangkah
biar sedalam mana luka yg aku lalui
biar selama mana pun masa yg aku perlu
untuk bangun berdiri semula
aku yakin aku boleh

Kerna aku tahu..
jika aku terus berjalan
ada PELANGI INDAH di hadapan
yang sedang MENANTI~

TERIMA KASIH
kerana pinjamkan aku kebahagiaan yg sementara
cuma aku manusia biasa
yg tak mampu berhenti berharap
mengharapkan kau berlari dan menjauh
kerana ingin mencipta pelangi indah itu di hadapan~

mata yg bercahaya menanti pada yg bijaksana lagi terpuji~


Wednesday, June 13, 2012

Need some STRENGHT

Da tak kuat.. sangat akui, manusia biasa tak lepas dari tersungkur. 
air mata nie, jatuh jugak..
Tak mampu nak bertahan dah,
tapi tetap berusaha tuk pertahankan..

Semoga dihargai usaha dan pengorbanan ini
cuba memahami dan berusaha tuk terus menerima
Tolonglah mengerti..bukan ku pinta intan permata setinggi gunung
cuma secebis perhatian
agar diri bisa merasa dihargai

Bukan tak rela melepaskan,
tapi tak mampu dan tak ada kekuatan
hati ni..hati terlalu setia dan menyayangi
namun dah tak kuat lagi..

Semoga kekuatan yang tak seberapa ini
masih mampu kekal bertahan..
Hingga akhirnya,
membuahkan sebuah 
KEBAHAGIAAN..

Biar aku yg rebah.. kerana tak sanggup melihat kamu yg jatuh. tetap dibalakang kamu, biar dicalar luka, biar mengundang air mata. kerna aku hanya akan bahagia bila melihat kau berjaya dan gembira.. 
moga kesabaran kekal menemani~

Friday, October 7, 2011

kejamnya MATA pada HATI..

Sungguh kejam mata itu pada hati.. kaw hanya sekadar melihat, lalu minda yang mentafsir maknanya kepada hati. mengapa perlu sampai kepada HATI???
Rasa itu.. kenapa rasa itu hadir di hati? kenapa perlu perasaan itu wujud di situ sedangkan yg melihat segalanya adalah mata?

HATI... kata hata yg menyuruh aku melihat semua itu.. hati yg mendesak aku memandang segalanya.. hati tau, ia sedang menagis.. ia sedang terseksa dengan pandangan itu. jiwa meronta.. dada sesak tak terkira. namun hati tetap mahu mata melihat itu.

Tiap kali menatap ia, jiwa terseksa derita.. hati menangis.. pilu.. sayu.. tiada siapa yg tau.. kerana mata itu tak mampu menyampaikan apa2. KENAPA?? kenapa hati tetap mahu menyeksa diri? rasa itu hadir di hati.. diri merintih sayu.. terkilannya.. mengapa ia berlaku pada aku.. lalu mata tiba2 mengalirkan mutiara jernih.o0hhh air mata kah itu? dari mana??

Dari hati.. ia lahir dari hati.. dan mata yg mngalirkannya menandakan diri sedang kecewa. siapa kata mata hanya sekadar melihat? jutaan mutiara gugur dari mata.. MATA HATI.. kerana itu ada mata hati.. mata hati tidak sekadar melihat.. ia mampu menasihati diri yg tersungkur.. ia mampu melihat apa yg tak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar. pandangan mata hati lebih halus.. lebih suci..
Animated
Duhai mata.. bersatulah kaw dengan hati.. berhentilah menangis.. kasihanilah diri ini.. lihatlah sesuatu yg lebih jauh lagi di depan.. semoga ada sinar BAHAGIA menanti di sana..

Sunday, March 6, 2011

awak..cukup laaa..

Cukup laa awk... sedalam mana lgi luka yg awk nak sy rasa~~
Tak cukup ker 1 luka yg belum pun berparut, awk adakan luka yang baru. dalam... sedalamnya... awk suruh sy cri khidupan baru, kebahagiaan baru.. macam mana semua tu nk berlaku dengan luka yg semakin parah nie.. kenapa ajar sy erti bahagia..?? sekarang sy t'cari2 dmana bhagia tu.. Sy merayu..sy tak harapkan bahagia pun, sy cuma nk sembuh dr luka nie jer.. biar berparut pun tak per asal ia tak berdarah lgi.. sy da tak kuat lgi awk.. sy da tak mampu nak sambut tangan sesiapa pn utk bangun.. sy da tak der kekuatan tuk bina kepercayaan lagi.. mustahil sy akan bangun dan sambut tangan yg dihulur kerana sy yakin pasti akan ditolak jatuh dan terluka semula~ mereka tak faham.. hati sy pernah jatuh.. jatuh bersambut. tapi kenapa dilepaskan.. jatuh semula dan berkecai.. mustahil bagi mereka cantumkan semula.. kerana sy sendiri belum mampu mencari setiap serpihannya..

I don't run away from you.. I walk slowly and it hurt me that you don't care enough to stop me~

Thursday, March 3, 2011

I'm trying..


Dear my tears... please stop...
why u didn't hear me... Please dont hear what my heart saying...
Why.. I'm trying.. but tears still flow never stop..
cry Pictures, Images and Photos

Animation Glitters Picture Comment"jika cinta itu tidak mampu tumbuh sendiri, tidak salah untuk kita menyemai, membaja agar ia tumbuh dan membunga.." Tuhan temukan kita dengan orang yg salah agar kita dapat belajar dan menunjukkan bertapa tinggi kebesaranNya..

p/s: love will never end..

Thursday, February 17, 2011

On The RaINy Day~

Rain..
it is the rainy day
I see you
you are alone when it rains
I watched you in silent
my heart trembled in silent at the time.
That day, it rained again..
that day, you along with me
but that day..
I have hurt your heart
in the rain you left me
along with the rain in your eyes..
I just want to apologize,
for all the things I have done and said
I hope you will forgive me
because that was not what I meant to do..
I'm sorry..~~

I hope when it raining again, you'll come back to me....


Monday, January 31, 2011

BuRunG keRTas untuk Dia...

Ia cuma sehelai kertas...
kertas putih yang kosong,
tiap lipatan terkandung
1000 harapan..
harapan yg menjadikn seekor BURUNg..
kertas putih yg lainnya,
ku lakukan hal yg sama..
menjadikan kini 1001 burung
tanda aku miliki jutaan harapan..
Terbang burungku terbang,
terbang jangan kembali..
kini kau bukan milik ku lg,
bawa bersama harapan itu,
pergi dan jangan pulang lagi..

Friday, January 14, 2011

Because of YOU..


Bila ingat awak,
sy petik gitar..
naper?? sebab tu je yg sy tau..

sy suka muzik..
sy tiup recoder, ayah cakap bising..
sy tiup seruling, mak cakap ular masuk umah..
nk maen piano,da rosak plak..

sy tak pandai men gitar..
tp sy suke tgok org maen gitar..
sy tengok abang maen gitar,
sy nk maen jgak..
bila abang ajar, sy tak paham pn..

lama sy tak pegang gitar..
sume sy da lupa..
tiba2, sy tringat awk..
sy pegang gitar balik..
sy blajar maen semula..

walaupun awak da tak der,
sy ader gitar..
bila sy petik, rase macam awak ada..
bila sy rindu,sy petik lgi..
sy harap perasaan tu boleh pergi..

biar awak makin jauh,
sy dan gitar makin dekat..
biar awak tak de dalam hidup sy,
tp gitar adalah hidup sy..
biar awk cakap awak tak rindukn sy,
tp sy tetap sntiasa sampaikn lagu rindu wat awk..
 

Pena Ungu Ain...aku hambaMu~ © 2008. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner