Wednesday, July 25, 2012

Cinta is Beautiful (kau dalam doa ku)

Cinta.. seronok bila berkata tentang cinta. tapi, cinta kepada Allah dan RasulNya   more awesome! dan cinta kepada kedua ibu bapa are full of Barakah~
cinta satu perasaan kurniaan Allah. Dia yg mengurniakan dan dia juga mampu mengambilnya semula. oleh itu, sebagai hambaNya kita tak boleh angkuh dengan cinta yg dipinjamkan dengan cara mengagungkan cinta sesama manusia melebihi cinta kepadaNya. Pernahkah kamu merasai cinta? adakah cinta, sayang, dan suka suatu perasaan yg sama? jika tidak, bagaimana pula ingin membezakannya?
Semasa di alam persekolahan dan mula mencari erti cinta, pelbagai tafsiran dan imaginasi mula terlakar di fikiran. sebagai seorang gadis, pastinya tidak terlepas dari usikan dan mainan perasaan sendiri. semakin meningkat dewasa, minda mula melakarkan impian yang indah2 mengenai sebuah cinta =)
Hati t'tanya2, dari tulang rusuk siapakah aku diciptakan?hati mula bergetar. isyarat dihantar kepada otak lalu minda menghasilkan imaginasi yg cukup indah. si dia seorang hartawan, kacak persis sang putera kayangan.. baik, romantis, dan sempurna pada pandangan. impikan hidup bersama hingga ke akhirnya. tatkala imaginasi sedemikian lenyap, bibir tak lekang dari mnguntumkan senyuman. o0h bahagianya~


Usia dan persekitaran bagaikan mencerminkan masa depan. fikiran mula berubah. bayangan jejaka idaman kini semakin jelas. dia seorang doktor, atau mungkin seorang lawyer. miliki keluarga yg sempurna, anak yg baik dan mghormati orang tuanya. bangga terasa jika berdampingan ke majlis atau keramaian. mata memandang, cemburu melihat keserasian dan kebahagiaan yg dibina. apakah itu yg aku impikan? senyuman sekali lagi terukir saat  bayangan yg dicipta hilang lakaranya~


Ku daki lagi menara ilmu. jauh perjalanan, semakin luas pandangan. pelbagai manusia, ragam dan peristiwa telah aku temui. bagaimana pula cinta yg aku temui tika ini? adakah sama seperti bayangan sebelumnya? Ternyata ia semakin berubah.. jika dulu, sang kacak jadi idaman. si hartawan jadi impian. tapi, semakin aku mengenal sang Pencipta, semakin aku mngenal cintaNya, semakin itulah aku impikan si dia yg melabuhkan cintanya pada sang pencipta..


Ku didatangi seorang teman, arif bidang perubatannya. doktor gelaran pangkalnya. ku punyai seorang teman, petah kata2nya. undang2 jadi peganganya. ku dikurniakan seorang lagi teman, bijak orangya. digelar pensyarah oleh pelajarnya. dan aku dianugerahkan ramai teman terbaik dari pelbagai kepakaran dan bidang yg ternyata begitu hebatnya. tetapi mengapakah aku tidak rasa bahagia? bayangan indah yg slalu bermain difikiran tidak lagi mampu terlakar. seorang teman pernah bertanya, "apa yg kau pandang pda seorang lelaki utk dijadikan suami? mengapa menolak cinta mereka yg hebat?" persoalannya, adakah mereka benar2 hebat? aku akui, mereka hebat di mata manusia. tapi, adakah mereka hebat di mata tuhanNya juga?


Ku orak perjalan semakin jauh. mula mencari apa erti cinta sebenar? mengapakah mereka yg seperti aku impikan selama ini tak bisa membuat hati aku tenang? lalu aku serahkan cinta pada yg Maha Esa.. ku kukuhkan cinta pada kedua ibu bapa. ternyata, jiwa semakin tenang.. diri begitu rapuh. terlalu mudah jatuh tersungkur. kerana itu, aku mula megharapkan seorang pemimpin yg mampu membimbig aku ke jalanNya. meghulurkan tangan saat aku jatuh trsungkur. mengemudi bahtera menuju redhaNya. menghiasi hari2 dengan nasihat dan ajaran berguna. kerana aku bukanlah sempurna, yg masih kurang ilmu dunia dan akhiratnya..


Malam yg hening buat aku berfikir sejenak. siapa aku utk mengharapkan seorang lelaki yg hebat? aku tak secantik zulaika utk dambakan lelaki sekacak Yusuf. aku tak setabah Fatimah tuk miliki lelaki sperti saidatina Ali. dan aku tak sehebat Khadijah untk impikan seseorang seperti Muhammad ya rasulullah.. aku hanya insan biasa yg tak sempurna dan tak lari drpda melakukan dosa dan kesilapan. tiada lagi senyuman terukir di bibir saat bayangan hidup bersama lelaki yg hebat di mata manusia brmain di minda. sebaliknya, kalimah SUBHANALLAH trpancul kluar saat bayangan hidup brsama seorang lelaki soleh acuan al-quran berlegar di minda. hidup yg sederhana, direstui yg disekelilingnya. indahnya bahtera yg dipimpin oleh lelaki yg berusaha mngikut jejak Rasulullah. yg menjatuhkan lututnya utk sujud pda sang pencipta. bahagianya hidup menjadi makmum pada seorang imam yg mnerima setiap kekurangan diri. yg mnganggap diri bkan skadar seorang isteri, tapi peneman hidup utk sama2 menuju syurgaNya. dan alangkah manisnya hidup manjadi makmum yg mengaminkan doa si imam di setiap lewat solatnya disepertiga malam. air mata mula bercucuran.. layak kah aku ya Rabbi??


Tak perlu mendambakan yg soleh atau solehah utk dijadikan pasangan hidup. sebaliknya, berusahalah mnjadi yg soleh dan solehah. kerana janji Tuhan itu pasti, mereka yg baik akan mndapat pasangan yg baik.. ku tinggalkan sejarah silam. ku tempuhi hari mndatang brlandaskan jalanNya. aku berusaha mnjadi yg lebih baik di mataNya. krana itu, Allah kurniakan orang yg baik disekeliling utk bantu aku berubah. dan aku brsyukur krana itu. dari situ, aku mula kenal apa erti sayang dan cinta. Tuhan hadirkan seseorang dalam hidup kita sama ada utk kita belajar daripanya ataupun utk kita hdup bersama dengannya.


Manisnya rindu..satu perasaan yg tak dapat diungkapkan. selama ini, apa yg ku rasakan adalah sayang. syag pabila kita berasa berat utk melepaskn sesuatu.mgharapkan ia mnjadi milik kita selamnya. resah bila ketiadaan atau kehilangan.melindungi ia dengan sebaiknya.itulah erti sayang. tetapi cinta??
CINTA buat kamu rasa tenang.. membuatkan bibir trsenyum tiap kali trkenang..merasa bahagia bila dia gembira.. dan membiarkan dia membuat pilihan yg membahagiakn dirinya. rasa rindu saat tiada khabar berita. tak pernah resah jika diri bukan pilihannya..


Ku rasakan perasaan ini terlalu indah..ntah knapa perasaan ini membuatkan aku smakin dekat pada sang Pencipta. menjadikan aku brsyukur dgan rasa yg dikurnia. hati tenang saat mngingati dirinya..indahnya rindu itu..ntah bila akan bersua. semoga Tuhan kekalkan rasa cinta ini kepadanya. kerana itu,
DIA SENTIASA DALAM DOA KU... kerana IMANnya, aku JATUH CINTA..

Tuesday, July 3, 2012

La Tahzan Innallaha Ma'ana

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"

Siapalah kita untuk melawan takdirNya. sungguhnya hanya Engkau Yang Maha Berkuasa atas tiap peri yg berlaku. aku dalam dilema tatkala memikirkan antara keperluan, kehendak, kewajipan yg aula'..
Ya Baqi', berikan hatiku keredhaan atas percaturanNya. bukalah pintu kejayaan dan jalan keluar bagiku agar aku tidak terus dihimpit rasa resah. curahkan padaku Rahmat dan NikmatMu.. limpahkan cahaya Taufiq buatku untuk menetapkannya. Andai dia tercipta buatku, milikku, perkenankanlah permohonanku.
Ameen.. ya rabbal alamin..

Malam nifsu sya'ban bakal menjelma tak lama lagi. moga kami masih diberi peluang untuk terus bermunajat kepadaMu dan istiqamah beribadah. Allah..terlalu lemah detik ini. Tuhan Yang Maha Mengetahui putaran alam, jatuh bangun hambaMu mengajar erti hakiki sebuah kehidupan. aku tidak pasrah tetapi aku redha dengan ketentuanMu. sesungguhnya Engkau Tuhan yg Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi..
Mereka mungkin mampu mendengar, tapi belum tentu memahami. hanya Allah tempat mengadu dan mampu memberi kunci kepada pintu kesulitan. ya Allah, sesungguhnya Engkaulah kekasih setia yg tak pernah sesekali meningkalkan aku walaupun aku seringkali melupakanMu.

PadaMu, ku mohon pertunjuk berikanlah aku kekuatan. permudahkan urusanku buat masa kini dan pada masa akan datang. andai ia tidak baik buatku, agamaku, duniaku, maka elakkan diriku daripadanya. andai ia ditakdirkan baik buatku maka mudahkan laluannya.. ameen...

Thursday, June 14, 2012

Tulang Rusuk kiri siapa?

by: Naziha Khorlid


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?


Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

Hide the hurt with a SMILE~

lonely raindrops Pictures, Images and Photos
I got the answer.. and it really hurt me ='[
aku manusia biasa yang tak punya kekuatan
aku jatuh lagi..
tercalar..terluka..
but I keep on smiling

Aku bukan lemah, tapi terlalu lama bertahan
tersungkur dalam harapan sendiri..
Terasa kosong... Jauh...
but I know I'm not lonely,
Allah is always be with me

Aku perlu bangun dan terus melangkah
biar sedalam mana luka yg aku lalui
biar selama mana pun masa yg aku perlu
untuk bangun berdiri semula
aku yakin aku boleh

Kerna aku tahu..
jika aku terus berjalan
ada PELANGI INDAH di hadapan
yang sedang MENANTI~

TERIMA KASIH
kerana pinjamkan aku kebahagiaan yg sementara
cuma aku manusia biasa
yg tak mampu berhenti berharap
mengharapkan kau berlari dan menjauh
kerana ingin mencipta pelangi indah itu di hadapan~

mata yg bercahaya menanti pada yg bijaksana lagi terpuji~


Wednesday, June 13, 2012

Need some STRENGHT

Da tak kuat.. sangat akui, manusia biasa tak lepas dari tersungkur. 
air mata nie, jatuh jugak..
Tak mampu nak bertahan dah,
tapi tetap berusaha tuk pertahankan..

Semoga dihargai usaha dan pengorbanan ini
cuba memahami dan berusaha tuk terus menerima
Tolonglah mengerti..bukan ku pinta intan permata setinggi gunung
cuma secebis perhatian
agar diri bisa merasa dihargai

Bukan tak rela melepaskan,
tapi tak mampu dan tak ada kekuatan
hati ni..hati terlalu setia dan menyayangi
namun dah tak kuat lagi..

Semoga kekuatan yang tak seberapa ini
masih mampu kekal bertahan..
Hingga akhirnya,
membuahkan sebuah 
KEBAHAGIAAN..

Biar aku yg rebah.. kerana tak sanggup melihat kamu yg jatuh. tetap dibalakang kamu, biar dicalar luka, biar mengundang air mata. kerna aku hanya akan bahagia bila melihat kau berjaya dan gembira.. 
moga kesabaran kekal menemani~

Tuesday, May 22, 2012

o0hh, Encik Gam!

Selamat PAGI!! salam 1 blogger.. wink..wink.. entry kali nie nak citer pasal Encik GAM. siapakah?? mengapakah digelar gam oleh diriku ini??adakah dia mghisap gam?? o0h tidak.. adakah beliau menjual gam? lagi lah tidak.. Semalam yg panjang telah buat hati aku jadik camni,
bukan lagi terbelah dua,tapi retak. berkecai!

Adakah aku bercakap tentang CINTA?o0h tidak.. mungkin iyer. hati retak kerana terlalu leka dengan mainan perasaan sendiri sehingga lupa hati ini patut diberi pada Illahi. tapi yg lebih pasti, hati terlalu parah dan luka kerana sering lalai dan jarang sujud di sepertiga malam. Ya Allah...

Selama ini, aku tercari2 insan yg mampu mencantumkan kembali setiap serpihan yg telah hilang. namun aku tetap gagal seolah perasaan cinta itu mati. sehinggalah aku bertemu dengan En.Gam. Hebatkah dia?? hahaa... dia mampu mencantumkan kembali serpihan hati yg telah lama hilang. Anehnya, setiap serpihan itu dijumpai oleh aku sendiri yg mana selami ini aku harapkan ia dicari oleh seorang lelaki. Rupanya, baru lah aku sedar yg hati aku selama ni dihancurkan oleh diri aku sendiri, dan aku yg mencampakkan setiap daripada serpihannya. Ia berkecai bukan kerana seorang lelaki, tapi oleh diri aku sendiri yang telah tergelincir dari landasan Syurgawi~

En.Gam buat aku sedar bertapa berharganya kita manusia di mata sang Pencipta. Allahuakbar! kerdilnya diri terasa.jauh sudah meninggalkan landasan yg sepatutnya kita smua susuli demi menuju ke Jannah. aku muhasabah kembali diri, mengenang dosa2 silam.. Ya tuhan.. ampunkanlah hambaMu ya Allah.. aku sujud di sepertiga malam,tenang.. air mata mengalir tanpa henti. saat suasana sunyi sepi, tiada kedengaran yg lain kecuali sang cengkerik yg turut berzikir memuji Tuhan. saat itu, cuping telinga menangkap bunyi denyutan jantung di dada. ada 1 getaran yg kuat di situ. SubhanAllah..! inilah getaran hati yg telah lama hilang selama nie. telah ku temui puncanya.. Hatiku kini bercantum kembali, kemas! ia retak bukan kerana hilangnya cinta seorang lelaki, tetapi kerana tiada cinta suci pada Illahi.

Ya Allah, aku telah pulih!! aku dapat merasai erti sebuah cinta yang sebenar. Terima kasih Allah kerana beri aku peluang untuk menjadi lebih baik di sisiMu. biar tidak sempurna, aku tetap akan terus berusaha ke arah itu. Syukran En.Gam.. kamu telah menyedarkan saya bertapa bernilai dan tingginya martabat seorang yang bergelar wanita.

Syukur... akhirnya aku temui cinta dan kebahagiaan yang sebenar~

Wednesday, May 2, 2012

Ini ImPian Aku..

Beautiful adorable animated music doll girl pixel cute kess fille ragazza gif piano chichan Fräulein Pictures, Images and Photos Now is 02:25 a.m.. still cannot sleep!! Hari ini aku tengok cerita '3 Temujanji'. sooo sweet. 1 scene yg aku suka masa part soal IMPIANKU.. and I was thinking, I have my own dream. iaitu, memiliki PIANO yg cantik! o00hh da lama sngat aku idamkan sebuah piano.. WHY? pandai maen? tak tahu laa pandai ke tak. but, I love to hear the instrument! co0l.. and aku suke tengok guy yg pandai maen piano. co0l kn?? ok, sila laa cakap aku nie suka mamat romantik!yeke? ntah!
Collage Pictures, Images and Photos
Gitar tuu macam sy punyer keyh! peringatan, ia hadiah dri seseorag taw! sila jelez..hee~Aku suka muzik..eh, bukan! aku suker seni.. aku suke seni yg menenangkan. contohnya, men gitar.. instrument piano,violin.. and I looove drawing!
Taddaaa..macam nie... (budak comel yg selalu carik gado)

Ok, berbalik pada impian untuk memiliki sebuah piano. alangkah bagus lau ada anak raja ke, putera berkuda ke yg bermurah hati tuk hadiahkan aku piano. (Angan2 tinggi ke awan!)hahaaa.. Untung ler~
macam nie ker.. o0hhh I love purple!

Cantekknyerrr... the crystal one.. wink..wink~

Aku harap sangat 1 hari, impian aku nie akan jadi kenyataan. My Mom also da lama idamkan nak ada piano sendiri kat umah. sweetnyer pagi2, dapat petik piano.. and I'll make sure, one day bila aku da keje, aku kumpul duet banyak2, and aku akan belikan sebuah piano tuk my mom.. love u mom!! muahhh!

 

Pena Ungu Ain...aku hambaMu~ © 2008. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner