Friday, April 29, 2011

pesANan buaT aKu dan Kamu yg Bergelar wANiTa

roses
Wahai wanita.. sesungguhnya kejadiannmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi. bukan dicipta dr kepala untuk disanjung dan dipuja. bukan pula diciptakan drpda kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran, drpda keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. adakah semudah itu kau ingin menyerah diri kepada sang kumbang?

Renungkanlah pada keindahan mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. dari kejauhan, keharumannya mencuri perhatian. kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Wahai wanita..,kejadian dirimu menjadi pelemah kepada lelaki. seandainya pakaian malu kau tinggalkan drpda tubuhmu, dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah diri mu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayangnya tidak berduri. kau tidak lagi layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri. sesungguhnya utusan ALLAH swt ( nabi Muhammad saw) ada mengatakan tentang bahayanya dirimu, "tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain drpda fitnah yg berpunca drpda wanita". adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya kaum lelaki ke neraka?
Ingatklah wahai wanita, ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat lelaki, lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan tertentu sahaja. sesuatau yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.
Alangkah baiknya jika kau memelihara dirimu sebagai hadiah yang tulus, suci dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH swt buat dirimu. Indahnya hidup ini andai dilayari dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama ADAM. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik..
p/s; ya ALLAH, jadikanlah kami sebagai bidadari syurga.. aminn...

Monday, April 25, 2011

Syah Indra, knapa msti rndu awk?


Kenapa perlu rindu awak..??hampir 3taun berlalu... Ya Allah.. hanya mampu kirimkan Al-Fatihah sebagai pengubat rindu..
Air mataku pergi mengantar kepergianmu
sesungguhnya aku tak percaya engkau tinggalkan aku sendiri
Berakhir sudah cinta yang tlah lama kita bina
semuanya hanya tinggal cerita yang terukir indah di hatiku
Perasaan ini takkan pernah mati walau sampai akhir nanti
kau selalu di hati
Perasaan ini akan selalu ada meski kau telah tiada
tunggu aku di surga
Berakhir sudah cinta yang tlah lama kita bina
semuanya hanya tinggal cerita yang terukir indah di hatiku
Sahabat, kau teman teristimewa.. sungguh aku rindu tiada siapa yang tahu.. Semoga kau tenang di sana kerana hanya itu yg mampu buat aku tenang di sini..
Syah.. sukarnya untuk mencari teman sepertimu.. terlalu cepat kau pergi tinggalkan kami.. saratnya rindu ini pada mu. seribu kemanisan hilang ditelan sejuta air mata.. namun, aku tetap redho.. kerana pemergiannmu, pasti akan kami susuli..
 

Pena Ungu Ain...aku hambaMu~ © 2008. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner