Wednesday, July 25, 2012

Cinta is Beautiful (kau dalam doa ku)

Cinta.. seronok bila berkata tentang cinta. tapi, cinta kepada Allah dan RasulNya   more awesome! dan cinta kepada kedua ibu bapa are full of Barakah~
cinta satu perasaan kurniaan Allah. Dia yg mengurniakan dan dia juga mampu mengambilnya semula. oleh itu, sebagai hambaNya kita tak boleh angkuh dengan cinta yg dipinjamkan dengan cara mengagungkan cinta sesama manusia melebihi cinta kepadaNya. Pernahkah kamu merasai cinta? adakah cinta, sayang, dan suka suatu perasaan yg sama? jika tidak, bagaimana pula ingin membezakannya?
Semasa di alam persekolahan dan mula mencari erti cinta, pelbagai tafsiran dan imaginasi mula terlakar di fikiran. sebagai seorang gadis, pastinya tidak terlepas dari usikan dan mainan perasaan sendiri. semakin meningkat dewasa, minda mula melakarkan impian yang indah2 mengenai sebuah cinta =)
Hati t'tanya2, dari tulang rusuk siapakah aku diciptakan?hati mula bergetar. isyarat dihantar kepada otak lalu minda menghasilkan imaginasi yg cukup indah. si dia seorang hartawan, kacak persis sang putera kayangan.. baik, romantis, dan sempurna pada pandangan. impikan hidup bersama hingga ke akhirnya. tatkala imaginasi sedemikian lenyap, bibir tak lekang dari mnguntumkan senyuman. o0h bahagianya~


Usia dan persekitaran bagaikan mencerminkan masa depan. fikiran mula berubah. bayangan jejaka idaman kini semakin jelas. dia seorang doktor, atau mungkin seorang lawyer. miliki keluarga yg sempurna, anak yg baik dan mghormati orang tuanya. bangga terasa jika berdampingan ke majlis atau keramaian. mata memandang, cemburu melihat keserasian dan kebahagiaan yg dibina. apakah itu yg aku impikan? senyuman sekali lagi terukir saat  bayangan yg dicipta hilang lakaranya~


Ku daki lagi menara ilmu. jauh perjalanan, semakin luas pandangan. pelbagai manusia, ragam dan peristiwa telah aku temui. bagaimana pula cinta yg aku temui tika ini? adakah sama seperti bayangan sebelumnya? Ternyata ia semakin berubah.. jika dulu, sang kacak jadi idaman. si hartawan jadi impian. tapi, semakin aku mengenal sang Pencipta, semakin aku mngenal cintaNya, semakin itulah aku impikan si dia yg melabuhkan cintanya pada sang pencipta..


Ku didatangi seorang teman, arif bidang perubatannya. doktor gelaran pangkalnya. ku punyai seorang teman, petah kata2nya. undang2 jadi peganganya. ku dikurniakan seorang lagi teman, bijak orangya. digelar pensyarah oleh pelajarnya. dan aku dianugerahkan ramai teman terbaik dari pelbagai kepakaran dan bidang yg ternyata begitu hebatnya. tetapi mengapakah aku tidak rasa bahagia? bayangan indah yg slalu bermain difikiran tidak lagi mampu terlakar. seorang teman pernah bertanya, "apa yg kau pandang pda seorang lelaki utk dijadikan suami? mengapa menolak cinta mereka yg hebat?" persoalannya, adakah mereka benar2 hebat? aku akui, mereka hebat di mata manusia. tapi, adakah mereka hebat di mata tuhanNya juga?


Ku orak perjalan semakin jauh. mula mencari apa erti cinta sebenar? mengapakah mereka yg seperti aku impikan selama ini tak bisa membuat hati aku tenang? lalu aku serahkan cinta pada yg Maha Esa.. ku kukuhkan cinta pada kedua ibu bapa. ternyata, jiwa semakin tenang.. diri begitu rapuh. terlalu mudah jatuh tersungkur. kerana itu, aku mula megharapkan seorang pemimpin yg mampu membimbig aku ke jalanNya. meghulurkan tangan saat aku jatuh trsungkur. mengemudi bahtera menuju redhaNya. menghiasi hari2 dengan nasihat dan ajaran berguna. kerana aku bukanlah sempurna, yg masih kurang ilmu dunia dan akhiratnya..


Malam yg hening buat aku berfikir sejenak. siapa aku utk mengharapkan seorang lelaki yg hebat? aku tak secantik zulaika utk dambakan lelaki sekacak Yusuf. aku tak setabah Fatimah tuk miliki lelaki sperti saidatina Ali. dan aku tak sehebat Khadijah untk impikan seseorang seperti Muhammad ya rasulullah.. aku hanya insan biasa yg tak sempurna dan tak lari drpda melakukan dosa dan kesilapan. tiada lagi senyuman terukir di bibir saat bayangan hidup bersama lelaki yg hebat di mata manusia brmain di minda. sebaliknya, kalimah SUBHANALLAH trpancul kluar saat bayangan hidup brsama seorang lelaki soleh acuan al-quran berlegar di minda. hidup yg sederhana, direstui yg disekelilingnya. indahnya bahtera yg dipimpin oleh lelaki yg berusaha mngikut jejak Rasulullah. yg menjatuhkan lututnya utk sujud pda sang pencipta. bahagianya hidup menjadi makmum pada seorang imam yg mnerima setiap kekurangan diri. yg mnganggap diri bkan skadar seorang isteri, tapi peneman hidup utk sama2 menuju syurgaNya. dan alangkah manisnya hidup manjadi makmum yg mengaminkan doa si imam di setiap lewat solatnya disepertiga malam. air mata mula bercucuran.. layak kah aku ya Rabbi??


Tak perlu mendambakan yg soleh atau solehah utk dijadikan pasangan hidup. sebaliknya, berusahalah mnjadi yg soleh dan solehah. kerana janji Tuhan itu pasti, mereka yg baik akan mndapat pasangan yg baik.. ku tinggalkan sejarah silam. ku tempuhi hari mndatang brlandaskan jalanNya. aku berusaha mnjadi yg lebih baik di mataNya. krana itu, Allah kurniakan orang yg baik disekeliling utk bantu aku berubah. dan aku brsyukur krana itu. dari situ, aku mula kenal apa erti sayang dan cinta. Tuhan hadirkan seseorang dalam hidup kita sama ada utk kita belajar daripanya ataupun utk kita hdup bersama dengannya.


Manisnya rindu..satu perasaan yg tak dapat diungkapkan. selama ini, apa yg ku rasakan adalah sayang. syag pabila kita berasa berat utk melepaskn sesuatu.mgharapkan ia mnjadi milik kita selamnya. resah bila ketiadaan atau kehilangan.melindungi ia dengan sebaiknya.itulah erti sayang. tetapi cinta??
CINTA buat kamu rasa tenang.. membuatkan bibir trsenyum tiap kali trkenang..merasa bahagia bila dia gembira.. dan membiarkan dia membuat pilihan yg membahagiakn dirinya. rasa rindu saat tiada khabar berita. tak pernah resah jika diri bukan pilihannya..


Ku rasakan perasaan ini terlalu indah..ntah knapa perasaan ini membuatkan aku smakin dekat pada sang Pencipta. menjadikan aku brsyukur dgan rasa yg dikurnia. hati tenang saat mngingati dirinya..indahnya rindu itu..ntah bila akan bersua. semoga Tuhan kekalkan rasa cinta ini kepadanya. kerana itu,
DIA SENTIASA DALAM DOA KU... kerana IMANnya, aku JATUH CINTA..

Tuesday, July 3, 2012

La Tahzan Innallaha Ma'ana

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"

Siapalah kita untuk melawan takdirNya. sungguhnya hanya Engkau Yang Maha Berkuasa atas tiap peri yg berlaku. aku dalam dilema tatkala memikirkan antara keperluan, kehendak, kewajipan yg aula'..
Ya Baqi', berikan hatiku keredhaan atas percaturanNya. bukalah pintu kejayaan dan jalan keluar bagiku agar aku tidak terus dihimpit rasa resah. curahkan padaku Rahmat dan NikmatMu.. limpahkan cahaya Taufiq buatku untuk menetapkannya. Andai dia tercipta buatku, milikku, perkenankanlah permohonanku.
Ameen.. ya rabbal alamin..

Malam nifsu sya'ban bakal menjelma tak lama lagi. moga kami masih diberi peluang untuk terus bermunajat kepadaMu dan istiqamah beribadah. Allah..terlalu lemah detik ini. Tuhan Yang Maha Mengetahui putaran alam, jatuh bangun hambaMu mengajar erti hakiki sebuah kehidupan. aku tidak pasrah tetapi aku redha dengan ketentuanMu. sesungguhnya Engkau Tuhan yg Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi..
Mereka mungkin mampu mendengar, tapi belum tentu memahami. hanya Allah tempat mengadu dan mampu memberi kunci kepada pintu kesulitan. ya Allah, sesungguhnya Engkaulah kekasih setia yg tak pernah sesekali meningkalkan aku walaupun aku seringkali melupakanMu.

PadaMu, ku mohon pertunjuk berikanlah aku kekuatan. permudahkan urusanku buat masa kini dan pada masa akan datang. andai ia tidak baik buatku, agamaku, duniaku, maka elakkan diriku daripadanya. andai ia ditakdirkan baik buatku maka mudahkan laluannya.. ameen...

 

Pena Ungu Ain...aku hambaMu~ © 2008. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner