Assalamualaikum..
Alhamdulillah harini da masuk hari ke-4 syawal.. siang tadi, raya ke-3 my cousin bertunang.just a simple event, and rasa best sangat tengok majlis bertunang macam tu. tak over dan hanya dikongsi dengan saudara mara trdekat je. xder juru makeup, xder photo grapher, xder pelamin2. suker sangat, full of barakah. Tahniah!! Mabruk.. mabruk..!!
Sangat lah pelik dan tak best bila semua kt majlis tu senyum2 tengok aku. yer,knapa makcik?? saya ada wat salah ke?? asal salam je, mesti keluar ayat popular "taun depan kamu ler pulak yer.." pulakkk... my cousin yg brtunang tu umur 22taun.. and ada 2 orang adek perempuan. umur pun 20 and 18. sangat lh pelik asal semua makcik2 neh aim kt aku sorang jer. umur 21 cam aku nie ada nmpak ciri2 wajib kawen taun depan ker?? tataw nk sorok muka kt mna dh..sepupu2 lelaki pulak sibuk jer pandang2..jeling2..huh,mula nk lari laju2 neh! ader laa dalam sepuluh orang dok cakap hal yg sama..lgi tak best bila yg tukang dengar siap ckap aminnn ramai2 lagi..
Dalam dok cover malu tu aku pun gi laa umah sebelah, umah mak njang. konon nak lari dri makcik2 yg syok bergosip tu. skali kt umah mak njang pun kena jugak.. "taun depan bulan berapa? nanti leh kami amek cuti.." waaaa.. nanges laju2!! kepada mak2 saudara dan kakak2 sepupu sekalian, kalau kawen tu senang macam petik jari, saya pun nak kawen sekarang..huhuuu
Sape je tak nak nikah kn.. tu semua fitrah manusia. betul laa tu, umur tu hanya angka. tapi tu laa kesian.. takder orang ajak nikah, cane nak kawen. hehee wat ayat sedeh! sebenarnya, soal jodoh aku tak risau pun. sejak umur 4 bulan dalam kandungan lagi da ditulis siapa jodoh kita. kalau tak di dunia, insyaAllah bertemu di syurga..
Aku tak pernah menolak andai ditakdirkan bertemu jodoh di usia muda. bukan bermakna aku dah terlalu bersedia, tapi aku yakin itu langkah baru untuk aku jadi lebih baik. teringat kata2 seseorang, " stop searching for the right person, but prepair yourself to be the right person for someone".. betul kan?? semua orang berharap dan mencari pasangan yg baik. dripada kita mencari pasangan yg baik, adalah lebih baik kita berusaha menjadi seseorang yg lebih baik. wanita yg baik, akan mendapat lelaki yg baik..simple kn?
Aku pernah kecewa dan kecundang dengan perasaan sendiri.. satu saat pernah aku rasa aku benar2 bersedia memberi cinta pada seorang lelaki, tapi kecundang. keliru, dan trtanya2.. akhirnya, semuanya terjawab.. kata nenek, mungkin ini belum masanya memberi cinta pada manusia. tapi ini adalah masa untuk memperbaiki cinta pada sang Pencipta.. andai sempurna cintmu pada Tuhanmu, maka barulah kamu layak memberi cinta pada manusia.. sayu.. benar kata nenek.. sekarang adalah masa untuk memperbaiki cinta pada yg maha Esa..
Inginkan pasangan yg baik, maka berusahalah menjadi orang yg baik.. untuk menjadi seorang isteri yg solehah, bukan esok, nanti, mahupun kemudian. tapi perlu bermula dri sekarang. persiapkan diri dengan ilmu yg secukupnya.. memasak, mengemas, sudah mahir kah?? perhubungan dengan ibu bapa dan adik beradik, sudah cukup baik kah? bagaimana pula dengan ilmu2 agama? fardhu ain, kifayah, hukum2, halal haram.. lengkap sudah ke dengan feqah, tauhid, dan sirah nya? jika belum, belajarlah..
"Allahumma inni a'uzu bika minal hammi walhazan, wa-auzubika minal 'ajzi wal kasal ( Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesedihan dan kegelisahan. Aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan. )...amin Ya Rabbal 'Alameen.."
Wahai bakal imam ku, jika kau rebah dalam perjalanan mencari aku, maka bangunlah. jika kau lelah, teruskanlah jua. dengan izin Allah, kita pasti bertemu. jangan kau bimbang sepanjang perjalananmu, kerana doaku sentiasa bersamamu. letak kan lah Allah yg utama, Rasulullah sebagai contohmu, dan Iman di hati mu. dalam menanti kehadiranmu, akan ku persiapkan diri sebaiknya sebagai isteri solehah. cintaku hanya untuk Illahi, dan kasihku akan ku buktikn sebagai isteri..
0 comments:
Post a Comment