Saturday, May 7, 2011

Pepohon RinduKu~

MySpaceGraphicsandAnimations.com

Bila hati mula berbunga, mampukah ku jaga..?
Entah bila ia mula disemai, tanpa sedar pohon rindu mulai tumbuh..
Ya Allah.. ku mohon pelihara pohon rindu ini
biar rimbun mekar berbunga..
Turunkanlah hujan rahmat agar mampu ku sirami ia dengan keredhaan Mu.
Jauhi dari panas gersang
moga ia tak layu,gugur ke lembah nafsu..
Sinarilah pohon rindu ini dengan cahaya kebenaranMu ya Tuhan
agar tumbuh ranting-ranting Iman..
Akan ku jaga ranting-rantingnya agar tidak rapuh
akan ku taburkan baja keikhlasan
ku pagari dengan batasan
moga dijauhi segala kemungkaran..

Wahai pohon rinduku..
akan ku pelihara sehingga kau berbunga
Andai tiba waktunya,
berbuahlah engkau dengan CINTA..
cinta suci, yang pastinya diredhai..
Buah cinta impianku,
akan ku serahkan pada si dia..
Dialah seorang lelaki..lelaki yg bergelar SUAMI...

Sunday, May 1, 2011

waRkaH buaT bakal Suamiku..


Assalamualaikum w.b.t....

Buat kamu yang bakal bergelar suamiku, sudahkah kamu bersyukur kepada Allah hari ini, kerana masih diberi peluang untuk dirimu menikmati keindahan dunia? Janganlah sesekali kamu alpa dan leka, kerana mati mu, entah bila akan tiba...

Abang,

Dalam sujudku, sering ku titipkan doa agar perjalananmu untuk menemui aku sentiasa dipermudahkan, dan dijauhi dari sebarang kesulitan. Janganlah sesekali kau berduka dan berputus asa sepanjang perjalananmu, kerana pertolongan Tuhan sentiasa ada disisi setiap hambaNya. Abang, andai ditakdirkan kau lah jodoh yang ditetapkan Tuhan buatku, Imam di dalam solatku, ayah kepada zuriatku, nahkoda dalam layar kehidupan menuju keredhaan, pasti kita akan dipertemukan. Jika ditakdirkan bersama, walau jauh pasti bertemu. jika tidak, walau dekat tetap tidak akan bersatu..


Wahai bakal suamiku..

Sudahkah kau persiapkan dirimu untuk menjadi pemimpin yang membawa keluarga ke syurga?Sekukuh mana Imanmu? sedalam mana ilmu akhiratmu? Ya Allah.. dalam tadah doaku, ku mohon dirimu bisa menjadi lelaki acuan Al-Quran. Lelaki yang basah lidahnya mengingati Tuhan, tunduk pandangannya penuh kesederhanaan. Lembut tuturnya dalam ketaqwaan, Quran dan sunnah jadi panduan. Akhlak nabi jadi ikutan, hidup matinya kerana Tuhan.. dan juga, jadi teman di perjalanan..


Sayang..

Maafkan diriku andai pernah mencemari perasaan sayang dan cinta yang dikurniakan Tuhan ini pada mainan perasaan hati.. Astagfirullah... sesungguhnya diri ini hanyalah insan biasa yang lemah dan mudah leka dengan godaan dunia. namun, Alhamdulillah, sesungguhnya Allah masih menyayangi diri ini. Terjaga ku dari lamunan, selamat dari terhanyut, sedar bahawa perasaan cinta yang wujud perlu dipelihara, dan hanya akan ku serahkan padamu pada saat dan tika kau menjemput aku ke bahtera perkahwinan, berlayar bersama berpandukan Islam, dalam menuju keredhaan..

Sayang..

Semoga kau sentiasa dirahmati Tuhan.. bersabarlah.. kuatkanlah Imanmu, jangan sesekali tersungkur dengan godaan dunia. semoga perjalananmu dalam mencari aku, kau hiasi dengan ketaqwaan dan keikhlasan. Dan, sepanjang penantian menunggu dirimu, akan ku persiapkan diri untuk menjadi seorang isteri yang solehah. semoga kau juga tidak lupa untuk titipkan doa buat diri ini agar terus bersabar dan menjaga maruah demi bergelar seorang isteri. sama-samalah kita berdoa agar penantian ini berakhir dengan kebahagiaan.. Ajal maut, jodoh pertemuan, segalanya telah ditentukan. begitu juga aku, yang sememangnya telah dicipta dari tulang rusukmu..


Carilah aku, dan jemput aku menjadi teman hidupmu.. Andai diredhai Allah, pasti bertemu lagi disyurga. Jangan khuatir andai masih jauh perjalananmu, andai masih lama masa diperlukan, kerana saat dan detik itu telah ditetapkan sejak azali.. dan ingatlah, pesanan buat aku dan juga dirimu, untuk mencari cinta sejati carilah dulu cinta Illahi.. Cintailah diriNya, dan kau pasti dikurniakan si dia yang juga mencintai diriNya. andai bertemu, mencintailah seperti mana kamu ingin dicintai.. Walallahu a'lam...

nurkilan, aien airin.....
 

Pena Ungu Ain...aku hambaMu~ © 2008. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner