Thursday, June 14, 2012

Tulang Rusuk kiri siapa?

by: Naziha Khorlid


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?


Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

Hide the hurt with a SMILE~

lonely raindrops Pictures, Images and Photos
I got the answer.. and it really hurt me ='[
aku manusia biasa yang tak punya kekuatan
aku jatuh lagi..
tercalar..terluka..
but I keep on smiling

Aku bukan lemah, tapi terlalu lama bertahan
tersungkur dalam harapan sendiri..
Terasa kosong... Jauh...
but I know I'm not lonely,
Allah is always be with me

Aku perlu bangun dan terus melangkah
biar sedalam mana luka yg aku lalui
biar selama mana pun masa yg aku perlu
untuk bangun berdiri semula
aku yakin aku boleh

Kerna aku tahu..
jika aku terus berjalan
ada PELANGI INDAH di hadapan
yang sedang MENANTI~

TERIMA KASIH
kerana pinjamkan aku kebahagiaan yg sementara
cuma aku manusia biasa
yg tak mampu berhenti berharap
mengharapkan kau berlari dan menjauh
kerana ingin mencipta pelangi indah itu di hadapan~

mata yg bercahaya menanti pada yg bijaksana lagi terpuji~


Wednesday, June 13, 2012

Need some STRENGHT

Da tak kuat.. sangat akui, manusia biasa tak lepas dari tersungkur. 
air mata nie, jatuh jugak..
Tak mampu nak bertahan dah,
tapi tetap berusaha tuk pertahankan..

Semoga dihargai usaha dan pengorbanan ini
cuba memahami dan berusaha tuk terus menerima
Tolonglah mengerti..bukan ku pinta intan permata setinggi gunung
cuma secebis perhatian
agar diri bisa merasa dihargai

Bukan tak rela melepaskan,
tapi tak mampu dan tak ada kekuatan
hati ni..hati terlalu setia dan menyayangi
namun dah tak kuat lagi..

Semoga kekuatan yang tak seberapa ini
masih mampu kekal bertahan..
Hingga akhirnya,
membuahkan sebuah 
KEBAHAGIAAN..

Biar aku yg rebah.. kerana tak sanggup melihat kamu yg jatuh. tetap dibalakang kamu, biar dicalar luka, biar mengundang air mata. kerna aku hanya akan bahagia bila melihat kau berjaya dan gembira.. 
moga kesabaran kekal menemani~
 

Pena Ungu Ain...aku hambaMu~ © 2008. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner