Sunday, January 1, 2012

SalaHkAh SinGLe iTu?

Aku BuDak KamPung.. ya..aku selesa tinggal d sini. 2 bulan berlalu, sedikit pun tak terasa jauh dari kota. Tapi yg pasti, aku rindukan keluarga.. 2 bulan aku di FELDA SAHABAT, hidup tanpa kabar berita dunia luar. hidup bergelar pelatih yg mana hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi aku akan menamatkan pengajian sebagai seorang pelajar IPTA.

SINGLE.. aku bawa status itu hingga ke sini.salahkah??teman yg lain sudah berpunya. Tapi, knapa status itu dijadikan mainan?? ia hanya sekadar satu status, tak bermakna aku tak tahu mengenai CINTA. tak bermakna hati ini tak ingin menyayangi dan disayangi..

Hampir 3 tahun berjauhan dri keluarga, berada di tempat orang demi menuntut ilmu. Kini, semakin jauh pula demi mencari erti kehidupan sebenar. sunyi.. tiada teman dan keluarga di sisi.. dan sunyi itu buat aku terfikir. apa sebenarnya yg aku harapkan dri sebuah CINTA?? kenapa perasaan suka tak pernah kekal pada seseorang?? knapa ia sering berubah? semakin lama, ia makin terjawab..mereka yg aku suka, bukan mereka yg aku cinta. namun, satu di antara mereka hingga kini masih aku belum lupa. cintakah namanya itu?

2011 telah berlalu.. perlukah azam baru utk 2012 ini??aku dtag ke sini tanpa ada apa2.aku di ajar oleh seseorang erti kehidupan sebenar. erti tanggungjawab, amanah, dan pekerti yg disanjungi. sungguh, setiap kata2 dia, terkesan di hati ini. membuat aku bertambah matang. "ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi".ya dia..pekerti dan peribadinya buat aku tersentuh. kerana itulah dia disayangi semua di sini. pangkat dan kedudukan tak memberi erti. pertama kali ditemukan dengan seseorang yang begitu baik, aku insaf..bertapa angkuhnya aku dengan rezeki kurniaan Tuhan ini. aku bersyukur, pertemuan kami mengajar aku erti bertapa pentingnya budi yg baik.

"jangan salahkan perpisahan, sebaliknya salahkan pertemuan.." sayu.. perpisahan bakal menjelma beberapa waktu lagi. ya Tuhan.. kenapa terjadi lgi..aku masih perlukan dia untuk beberapa waktu lagi..mengapa perpisahan ini begitu cepat? "jangan cik aien risau,pengganti baru nanti lagi kacak, bujang jugak.orangnya dri smnanjung.mne thu jodoh cik aien" Kenapa?? knapa dkaitkan jugak soal status?? aku menghargai dan memerlukan dia demi untuk belajar menghadapi kehidupan yg mencabar ini. dia yg bnyak membantu selama aku di sini. bukan krana dia kacak, bujang, mahupun dsayangi semua orang.kenapa tiada siapa yg mngerti??

Berita perpisahan itu mengundang jutaan mutiara jernih.. sungguh aku tidak rela.. "biarlah dia pulang ke tempat asal. ibu bapa dia lebih perlukan dia d sana.." sebak. 1 ayat yg terungkap oleh seorang kakak di pjabat mnyedarkan aku. ya..mungkin btul aku perlukan dia.tp ibu bapanya lebih perlukan dia.lama suda dia merantau di situ.seperti juga aku, yg ingin kembali ke sisi kluarga bila sampai waktunya.kejamnya aku!mengapa terlalu pentingkan diri??sedangkan aku tahu, aku hanya perlukan dia untuk sdikit waktu sahaja lagi selama aku berada di sini. sampai waktunya, aku akan pergi tinggalkn mereka juga. "kalau kaw tak der,trasa jugak aku nie aien.." ahh..sayu bila dikenang.. saat itu aku hnya ketawa,tanpa meghiraukan kata2 itu. trnyata,ia berbalik kpada aku kerana aku yg dtiggalkan. dan kini aku aku fahami perasaan itu..

Tidak aku salahkn perpisahan, tidak juga aku salahkn pertemuan..kerana di situ lah tercipta sebuah perkenalan, dan juga satu kemesraan.. aku bersyukur..perkenalan itu mengajar aku sejuta erti. yg pergi pasti berganti.yg pasti, yg lama tetap diingati.. Terima kasih..trma kasih kerana mengajar aku erti sebuah kehidupan. aku masih perlu belajar, banyak lagi yg perlu aku tempuhi. moga suatu hari kita dipertemukan lagi. dan tika itu, ingin aku katakan, TRIMA KASIH kerana kaw menjadikan aku seperti KAMU..

0 comments:

Post a Comment

 

Pena Ungu Ain...aku hambaMu~ © 2008. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner