Wednesday, April 25, 2012

Sayang yg Jauh..

Sekian lama, jari tidak lagi pernah menari untuk menulis. sekian lamanya juga, tangan tidak mampu lagi untuk melakar perasaan di atas sekeping kertas. menulis ataupun melukis, aku tak mampu lagi..

Hari ini, entah kenapa.. coretan seorang rakan yg baru memcipta sebuah blog buat aku tersentuh. hati meronta untuk meluahkan semula setiap perasaan yg hadir dalam jiwa. hampir seminggu sudah aku berada di rumah. Alhamdulillah, setelah 3 tahun aku pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian. 5 bulan lalu, aku berada di Borneo bagi menjalani latihan praktikal untuk tahun terakhir. selama tempoh itu, aku banyak belajar tentang erti kehidupan sebenar. Syukur...aku dipertemukan dengan orang2 yg sangat baik dan banyak membantu di kala susah dan senang.

Di sana, aku belajar hidup berdikari yg selama ini tak pernah wujud dalam diri aku. aku belajar menghargai kehidupan apabila dikelilingi insan2 yg berhijrah jauh meninggalkan kampung halaman dan keluarga tercinta hanya demi mencari rezeki yg halal. aku mengenali erti persahabatan yg telah lama aku tinggalkan. manisnya saat itu tiap kali dikenangkan. tenang..bahagia..dan bertambah matang.. itulah aku sepanjang berada di sana. membuatkan aku lupa segala kenangan pahit yg tak pernah hilang biarpun ditelan masa yang panjang. Perkenalan aku dengan seorang rakan, membuatkan hari2 ku bertambah ceria. mengajar aku erti bersyukur dan menghargai setiap insan yg berada di sisi. saban hari, ujian dan dugaan tak henti melanda. aku sedar, ia hukuman Tuhan pada aku yg sering lalai dalam kehidupan ini. jiwa diuji,hati diduga sehingga mengundang jutaan air mata setiap hari..

Dia, dan rakan2nya, membuat air mata pergi berganti senyuman yg tak pernah lekang di bibir. indahnya persahabatan..perkenalan kami terlalu singkat. hanya tinggal 1 bulan lebih sahaja lagi aku akan pulang ke kampung halaman. lucu, kali pertama menjejakkan kaki ke di situ, hati tak pernah jemu mengira hari untuk pulang. tapi, sejak mengenali mereka, aku seolah berharap agar hari2 penghujung itu tak akan tiba. tempoh 1 bulan yg tinggal, kami hiasi dengan kenangan yg terindah. merekalah teman, mereka lah sahabat.. yg sudi mendengar segala luahan hati, segala kesedihan yg bertandang, dan segala derita yg amat menyiksa jiwa. sayang, tak pernah aku merasakan perasaan sayang sebigitu terhadap insan lain selain dia yg pernah bertakhta di hati ini 7 tahun lalu. namun, baru kini aku merasai erti cinta dan kasih yg sebenar terhadap mereka. persahabatan kami diikat dengan janji, kekal bersahabat selamnya biar dipisah lautan yg luas.

sepanjang perjalanan pulang, hanya air mata yg menemani. sedihnya perpisahan ini.. mungkin inilah kasih sebenar yg aku pelajari daripada mereka. Seminggu meninggalkan mereka, aku diuji dengan dugaan yg membuatkan aku benar2 tersungkur. hati menangis, merindui mereka yang kini tiada lagi di sisi.. kalau lah di sana, mereka setia disisi, menghulur bantuan biar sama2 terpaksa bersusah. kini, aku sendiri.. kosong dan sepi.. mujurlah, masih ada mereka yg terus2 menghubungi, bertanya khabar, memberi kata semangat, dan menjadi pendengar setia. akhirnya, dua minggu menyelesaikan tugas terakhir di kampus aku berangkat pulang ke kampung halaman. segala yg terjadi, aku buang jauh2.. kenagan, kenalan, kampus, smua tiada di ingatan. yg tinggal hanya kehidupan bersama keluarga, cita2, dan kenangan terindah selama 5 bulan di bumi borneo.






Terima kasih sahabat, terima kasih teman.. semoga memori yang tercipta antara kita kekal abadi selamanya. mengenali kalian merupakan anugerah terindah yg sangat istimewa yg tiada nilainya. moga ukhwah ini kekal sehingga ke akhirnya. segala memori yg tercipta, akan ku pahatkan kukuh di hati. biar jarak jadi pemisah antara kita, di hati tetap terbina jambatan kukuh daripada kejujuran dan keikhlasan.. 
love u all forever and ever~


0 comments:

Post a Comment

 

Pena Ungu Ain...aku hambaMu~ © 2008. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner