Friday, October 7, 2011

kejamnya MATA pada HATI..

Sungguh kejam mata itu pada hati.. kaw hanya sekadar melihat, lalu minda yang mentafsir maknanya kepada hati. mengapa perlu sampai kepada HATI???
Rasa itu.. kenapa rasa itu hadir di hati? kenapa perlu perasaan itu wujud di situ sedangkan yg melihat segalanya adalah mata?

HATI... kata hata yg menyuruh aku melihat semua itu.. hati yg mendesak aku memandang segalanya.. hati tau, ia sedang menagis.. ia sedang terseksa dengan pandangan itu. jiwa meronta.. dada sesak tak terkira. namun hati tetap mahu mata melihat itu.

Tiap kali menatap ia, jiwa terseksa derita.. hati menangis.. pilu.. sayu.. tiada siapa yg tau.. kerana mata itu tak mampu menyampaikan apa2. KENAPA?? kenapa hati tetap mahu menyeksa diri? rasa itu hadir di hati.. diri merintih sayu.. terkilannya.. mengapa ia berlaku pada aku.. lalu mata tiba2 mengalirkan mutiara jernih.o0hhh air mata kah itu? dari mana??

Dari hati.. ia lahir dari hati.. dan mata yg mngalirkannya menandakan diri sedang kecewa. siapa kata mata hanya sekadar melihat? jutaan mutiara gugur dari mata.. MATA HATI.. kerana itu ada mata hati.. mata hati tidak sekadar melihat.. ia mampu menasihati diri yg tersungkur.. ia mampu melihat apa yg tak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar. pandangan mata hati lebih halus.. lebih suci..
Animated
Duhai mata.. bersatulah kaw dengan hati.. berhentilah menangis.. kasihanilah diri ini.. lihatlah sesuatu yg lebih jauh lagi di depan.. semoga ada sinar BAHAGIA menanti di sana..

Friday, June 17, 2011

I'm in 5th semester!!

Sekejap jer rase, da sem 5 pn sekarang.. baper lame da tak update blog nie. busy sangat mase akhir sem 4 dulu. kejar sana sini, naek turun.. adoyaiii... tapi, ALHAMDULILLAH... keputusan pepriksaan yang amat mengejutkan. ehehehh.. 3.800.. hahaa DEKAN!! yey! tapi, semester yg paling tak leh nak lupa.. wujud satu perasaan yg tak pernah rase pun sebelum nie.. Fuhhh!! gilerr aku nehh! cari pasal ngan diri sendiri betol.ahahaa..

Hampir 2tahun kawan ngan dia, ber'aku' 'kau', ntah mana datangnyer perasaan suke.. tiada yang kebetulan dalam dunia nie, semuanya da ditentukan Tuhan.. mungkin ader hikmahnya. ingat lagi, tanggal 5mei, da balik cuti sem.. beratnyer rase hati.. Mampukah mulakan hidup baru tanpa teman terbaik disisi?? mampukah berdikari?? semester pertama yang bermula di bumi UPM membuahkan air mata yang tak henti2 mengalir.. rindunyer pada keluarga.. abah..ibu.. dan mereka yang bergelar sahabat terbaik..

Aku kuatkan diri, cuba berbekalkan harapan abah dan ibu untuk hidup jauh dari bumi semenanjung.. Alhamdulillah,hadir insan2 yang baik yang menjadi sahabat dan teman... pengganti abah dan ibu..... tapi, itu sejarah 2tahun dahulu..mereka pergi seorang demi seorang..masing2 bawak haluan hidup sendiri.. perginya kawan yang sukar menjadi sahabat.. perginya kakak yang selalu memberi nasihat.. pergi juga teman, yang mengajar erti bahawa 'kau perlu berdikari'.....dan perginya dia dengan ungkapan 'kau perlu setia menanti'...

Kini, aku kembali ke sini.. sebulan bercuti, tapi bukan di rumah.. hahaa kene keje lagi... awal semester 4, beratnyer hati nk balik ke sini. tapi sekarang, rindunyer tak tertanggung lagi pada yang menanti.. huhuu.. wink,winkk!!

Huhhh...bermula sudah sebagai pelajar tahun akhir kat sini.. happy ade, sedey pun ader.. pas nie, nk smbung blaja or keje?? conpiuss!! ape pun, semester nie bermula ngan baik... walaupun sedey sebab kak aten da xder, kak syaz..rumet..tapi masih ader yg setia dsisi melayan kerenah yg ntah ape2 nie..ahahaa. dulu anak2 ader 50 jer.. sekarang da jadik 300... mak aihhh.. naseb kecik lagik, sok da besar tatau laa leh jadik anak yg soleh solehah ke x..hahaaa.. anak ape??? anak laa AYAM..!!hihiikk..

Awal2 sem lagi da susah ati..betol laa kate mamber aku, aku nie cepat gelabah ngan hal kecik jer pun. so wat??hahaa.. daftar kusus aku risau, practical pun aku risau.. harini, sumer da setle.da tak risau dah..hehee.. aku apply tempat practcal sama ngan rumet jer. hope dapat laa.. Lahat Datu nuu...6 bulan derr... mampukah?? InsyaAllah...

So, da hampir 2 weeks claz start.. banyak plak amali.. adehh... ayam..kambing..lembu.. naseb da xder ladang! penat! aqua lagi..ikan pown ader..haisshhh..kurus aku cam neh.hahaa.. sunyi plak biler balik claz...da xder rumet.. rindunyer... katil pown da combine, jadi besar, makin banyak laa tidonyerr.ahahaa.al-maklum laa hidop bujang skang kn.

Tak seronoknyer biler da tak der azika (rumet).. da tak ley citer2.. manjer2.. gosip2.. huhhh.. rumet...sob..sob~ tangan aku lebam2 neh...sakit..lampu bilik kiter da pandai bergurau lagi..nak men padam2 lak..uwaaa..... naseb ader akem..dier yg jaga aku mate!!isk..isk...dier ubatkan tangan aku..aras 2 takder orang mate..gelap jer..nak gi toilet pown takott... aku rindu kat kaw mate.... ='[

p/s: pulanglah wahai rumet..ahahaa!

Saturday, May 7, 2011

Pepohon RinduKu~

MySpaceGraphicsandAnimations.com

Bila hati mula berbunga, mampukah ku jaga..?
Entah bila ia mula disemai, tanpa sedar pohon rindu mulai tumbuh..
Ya Allah.. ku mohon pelihara pohon rindu ini
biar rimbun mekar berbunga..
Turunkanlah hujan rahmat agar mampu ku sirami ia dengan keredhaan Mu.
Jauhi dari panas gersang
moga ia tak layu,gugur ke lembah nafsu..
Sinarilah pohon rindu ini dengan cahaya kebenaranMu ya Tuhan
agar tumbuh ranting-ranting Iman..
Akan ku jaga ranting-rantingnya agar tidak rapuh
akan ku taburkan baja keikhlasan
ku pagari dengan batasan
moga dijauhi segala kemungkaran..

Wahai pohon rinduku..
akan ku pelihara sehingga kau berbunga
Andai tiba waktunya,
berbuahlah engkau dengan CINTA..
cinta suci, yang pastinya diredhai..
Buah cinta impianku,
akan ku serahkan pada si dia..
Dialah seorang lelaki..lelaki yg bergelar SUAMI...

Sunday, May 1, 2011

waRkaH buaT bakal Suamiku..


Assalamualaikum w.b.t....

Buat kamu yang bakal bergelar suamiku, sudahkah kamu bersyukur kepada Allah hari ini, kerana masih diberi peluang untuk dirimu menikmati keindahan dunia? Janganlah sesekali kamu alpa dan leka, kerana mati mu, entah bila akan tiba...

Abang,

Dalam sujudku, sering ku titipkan doa agar perjalananmu untuk menemui aku sentiasa dipermudahkan, dan dijauhi dari sebarang kesulitan. Janganlah sesekali kau berduka dan berputus asa sepanjang perjalananmu, kerana pertolongan Tuhan sentiasa ada disisi setiap hambaNya. Abang, andai ditakdirkan kau lah jodoh yang ditetapkan Tuhan buatku, Imam di dalam solatku, ayah kepada zuriatku, nahkoda dalam layar kehidupan menuju keredhaan, pasti kita akan dipertemukan. Jika ditakdirkan bersama, walau jauh pasti bertemu. jika tidak, walau dekat tetap tidak akan bersatu..


Wahai bakal suamiku..

Sudahkah kau persiapkan dirimu untuk menjadi pemimpin yang membawa keluarga ke syurga?Sekukuh mana Imanmu? sedalam mana ilmu akhiratmu? Ya Allah.. dalam tadah doaku, ku mohon dirimu bisa menjadi lelaki acuan Al-Quran. Lelaki yang basah lidahnya mengingati Tuhan, tunduk pandangannya penuh kesederhanaan. Lembut tuturnya dalam ketaqwaan, Quran dan sunnah jadi panduan. Akhlak nabi jadi ikutan, hidup matinya kerana Tuhan.. dan juga, jadi teman di perjalanan..


Sayang..

Maafkan diriku andai pernah mencemari perasaan sayang dan cinta yang dikurniakan Tuhan ini pada mainan perasaan hati.. Astagfirullah... sesungguhnya diri ini hanyalah insan biasa yang lemah dan mudah leka dengan godaan dunia. namun, Alhamdulillah, sesungguhnya Allah masih menyayangi diri ini. Terjaga ku dari lamunan, selamat dari terhanyut, sedar bahawa perasaan cinta yang wujud perlu dipelihara, dan hanya akan ku serahkan padamu pada saat dan tika kau menjemput aku ke bahtera perkahwinan, berlayar bersama berpandukan Islam, dalam menuju keredhaan..

Sayang..

Semoga kau sentiasa dirahmati Tuhan.. bersabarlah.. kuatkanlah Imanmu, jangan sesekali tersungkur dengan godaan dunia. semoga perjalananmu dalam mencari aku, kau hiasi dengan ketaqwaan dan keikhlasan. Dan, sepanjang penantian menunggu dirimu, akan ku persiapkan diri untuk menjadi seorang isteri yang solehah. semoga kau juga tidak lupa untuk titipkan doa buat diri ini agar terus bersabar dan menjaga maruah demi bergelar seorang isteri. sama-samalah kita berdoa agar penantian ini berakhir dengan kebahagiaan.. Ajal maut, jodoh pertemuan, segalanya telah ditentukan. begitu juga aku, yang sememangnya telah dicipta dari tulang rusukmu..


Carilah aku, dan jemput aku menjadi teman hidupmu.. Andai diredhai Allah, pasti bertemu lagi disyurga. Jangan khuatir andai masih jauh perjalananmu, andai masih lama masa diperlukan, kerana saat dan detik itu telah ditetapkan sejak azali.. dan ingatlah, pesanan buat aku dan juga dirimu, untuk mencari cinta sejati carilah dulu cinta Illahi.. Cintailah diriNya, dan kau pasti dikurniakan si dia yang juga mencintai diriNya. andai bertemu, mencintailah seperti mana kamu ingin dicintai.. Walallahu a'lam...

nurkilan, aien airin.....

Friday, April 29, 2011

pesANan buaT aKu dan Kamu yg Bergelar wANiTa

roses
Wahai wanita.. sesungguhnya kejadiannmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi. bukan dicipta dr kepala untuk disanjung dan dipuja. bukan pula diciptakan drpda kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran, drpda keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. adakah semudah itu kau ingin menyerah diri kepada sang kumbang?

Renungkanlah pada keindahan mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. dari kejauhan, keharumannya mencuri perhatian. kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Wahai wanita..,kejadian dirimu menjadi pelemah kepada lelaki. seandainya pakaian malu kau tinggalkan drpda tubuhmu, dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah diri mu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayangnya tidak berduri. kau tidak lagi layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri. sesungguhnya utusan ALLAH swt ( nabi Muhammad saw) ada mengatakan tentang bahayanya dirimu, "tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain drpda fitnah yg berpunca drpda wanita". adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya kaum lelaki ke neraka?
Ingatklah wahai wanita, ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat lelaki, lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan tertentu sahaja. sesuatau yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.
Alangkah baiknya jika kau memelihara dirimu sebagai hadiah yang tulus, suci dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH swt buat dirimu. Indahnya hidup ini andai dilayari dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama ADAM. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik..
p/s; ya ALLAH, jadikanlah kami sebagai bidadari syurga.. aminn...

Monday, April 25, 2011

Syah Indra, knapa msti rndu awk?


Kenapa perlu rindu awak..??hampir 3taun berlalu... Ya Allah.. hanya mampu kirimkan Al-Fatihah sebagai pengubat rindu..
Air mataku pergi mengantar kepergianmu
sesungguhnya aku tak percaya engkau tinggalkan aku sendiri
Berakhir sudah cinta yang tlah lama kita bina
semuanya hanya tinggal cerita yang terukir indah di hatiku
Perasaan ini takkan pernah mati walau sampai akhir nanti
kau selalu di hati
Perasaan ini akan selalu ada meski kau telah tiada
tunggu aku di surga
Berakhir sudah cinta yang tlah lama kita bina
semuanya hanya tinggal cerita yang terukir indah di hatiku
Sahabat, kau teman teristimewa.. sungguh aku rindu tiada siapa yang tahu.. Semoga kau tenang di sana kerana hanya itu yg mampu buat aku tenang di sini..
Syah.. sukarnya untuk mencari teman sepertimu.. terlalu cepat kau pergi tinggalkan kami.. saratnya rindu ini pada mu. seribu kemanisan hilang ditelan sejuta air mata.. namun, aku tetap redho.. kerana pemergiannmu, pasti akan kami susuli..

Saturday, March 19, 2011

selamat h@ri lahir awk..

Selamat hari lahir yg ke-21 awk..
19 march datang lagi..
dan, ape lgi yg patut sy katakn?smoga pnjg umur??
hmm.. utk kali yang ke-2, sy hnya mampu ucapkn dalam hati..
hanya mampu kirimkn al-Fatihah sbagai hadiah.. semoga awak tenang di sana~

----------------------------------------
ape nie??
untuk awk.. kecik jer, senang bwak.
Yassin??
yup.. senang laa awk nk bacakn kt sy selalu, hahaa. sy print sendri 2, nk try print laser baru sy. kertas mahal, susah koyak.
perli sy ker...
orang hadiahkn ikhlas laaa...
---------------------------------------
orang nk gi lama nie..
so, yg touching sngat npe?? hahaaa mengada, bkn g perang.
hmmm.. gitau tokwan eh, org syg dyer, cakap org time kasih sngt sbb besarkn org ....
hahaaa jngan nk over sngat eh! takder org mati pn g PLKN.
org gi jauh laaa...
whatever...
--------------------------------------
___: Shah meninggal lepas Asar tadi.... pukul 5:30.
aien: ???@@@@.................

Biar ku hampar lautan luas,
biar ku halang dgn gunung yg tinggi,
biar di bilik kebal aku menguncimu,
biar suara hilang ku memanggil mu,
namun.. tak mampu ku melawan takdir
setakat ini hayatmu, kau kini milik Illahi~

Al-Fatehah bt Putera Shah Indra Tengku Yusof
(dalam doa ingatan tulus ikhlas..)

Monday, March 14, 2011

Tips study lasT minute!

busy.gif Pictures, Images and PhotosSo today, bukan nk bagi tips pn. just nk share pe yg aku wat biler tiber time test or exam. This week, memang busy sngat. 2nd test 3 hari berturut2. ngan report amali and assignment lgi, ADOYAII.. Biler busy, makan pn da tak sempat. bila lapar, mata mula la nk pejam jer. tambah plak, meja study sebelah katil jer. ader plak teddy besar dok tunggu. Huh, menggugat iman betol! orang cakap, tu laa masa free tak nak study.. last minute baru gelabah. hahaa tapi takper. sebab aku da ader cara yg aku follow sejak sekolah agi and setakat nie terbukti berjaya~~

1) Baca note dari belakang.
klau rase note tu tebal semacam jer, aku baca dr belakang. so, aku tak rase laa macam lambat lgi jer nk abis.hee~mcm novel gak, biler baca kt belakang mesti tak paham and terfikir sebab pe ending dier cam tu. so, benda tu buat kita rase nk tau sebabnyer and start baca yg depan. biler da baca semakin ke depan, kita akan terus paham and cakap, 0oo jadi nie laa sebab yg belakang td..

2) Hilight point
biler rase ngantok sngat2, juz bukak jer nota and hilight kn point or ayat yg penting. tak payah baca, juz tanda jer. ia sangat berguna saat akhir sebab caya lh klau baca bnyak2 pn lom tentu ingat semua. biler nk baca automatik kita akan tgok ayat tu jer and huraian dier. pastu dengan bangga rase cepat jer abis study nota tu.

3) tulis isi penting
biler ader mood nk study, tp tak seberapa so juz baca and tulis isi penting kt kertas kosong. selalu aku guna A4, aku lipat cam wat kipas tu sampai jadi 8 pages. biler da siap baru laa nampak, eh banyak nie jer point penting dalam note yg tebal neh??hahaa. biler baca and nk hafal, ia memang sangat membantu coz senang nk ingat. tambah lak klau tulis cantik2 and wana warni. pastu kadang2 rase tak puas ati coz point macam tergantung,explanation sikit jer.so secara automatik aku akn bkak note and baca point tu punyer explanation.ha, kn da jdi bnyak dh aku study tu~

4)berfikir secara kreatif.
selalunyer, lecture akan bg tips or topik per yg masuk exam. kalau tak der tu, nampak sangat korang tido or tak bgi perhatian lam claz. so, juz focus pada topik yg lecture sebut tu. study part yg rase memang penting and comfirm masuk exam. pastu, tgok bentuk soalan. lau objektif baca sekali imbas pn takper.hahaa. tegok jumlah soalan and masa baper jam tuk test tu. lau lecture cakap essay, cari part yg rase memang tuk essay. klau struktur, ha adalah tu nama saintifik ker..jenis2 yg senaraikn ker..geng2 dia lh katakn.lau tempoh setakat 1 jam, tak yh laa pulun nk baca banyak2 yg terang2 juz tuk pngetahuan am..mesti masuk yg spesifik punyer..

5) dengar dr mamber.
yg nie sesuai sebelom masuk exam.jgan baca note dh, sebab cmfirm tak kn ley ingat dh. juz dgar jer mamber study or ckap isi2 penting. so mesti akn trus ingat n melekat terus lam kepala. and credit tambahan jugak lau kiter memang tak tau or tak penah baca, tetiba ada mamber sebut..so, memang selamat laa kn. sebabnyer, kiter akan rase gelabah and terfikir, asal aku tak baca part tu, tak tau paper pn. so, secara automatik, kiter akn tanya and dengar mamber kiter tu citer dan memang kite record terus lam otak sebab cuak.hahaa~

p/s: Selamat beramal, and Good Luck! Chayok..!!

Saturday, March 12, 2011

s0meone asked me!

"Why ar u keep on changging ur profile pic on FB?"
PhotobucketIni kisah tentang seorang kawan di alam maya.. urmmm actually, wujud di alam nyata. tp, lebih rapat dan memahami di alam maya.. 'truly friend' itu laa dier. caring and understanding~ no secret in anything but..for that question, die tak tahu jwpannyer lgi.hee~ dier sngat memahami and thats why setiap aper yg sy lakukan dier tau mesti ader sebab disebaliknyer.
"Something wrong wif u today. u keep on smiling all day. like u ar hiding something.." hahaaa uhhhh??? dier perasan jgak ker??adeh...memang perihatin lorh.kalau orang laen mesti da ckap, happy nyer kaw ari nie.. "wat the funny face I looked on claz today?" haaa??o0h I see... nga ngantuk pn dier perasan muka nga poyo time tu..

Juz wanna to say thank u for being my truly friend.. and thanx coz selalu tegur silap sy, nasihatkan sy, and be my side.. dan, jawapan tuk soalan tu, setiap kali sy tukar profile pic sy, thats show my feeling or somethings going on me.. myb I fell sad..,happy, or thinking of someone..and, u know about that coz u ar my truly friend right??hee~

Wednesday, March 9, 2011

Aku, abang dan ....

Berfikir tentang cinta itu amat menyakitkan.. namun, ada cinta yang membuat kita rasa bertapa beharganya hidup. cinta yg mana kasih syg adalah tulus dan tiada nilai tandingan.. cinta yg mana sanggup berkorban dan saling melindungi.. itu juga cinta antara aku dan abang..

Seorang lelaki dilahirkan bukan untuk menangis, tetapi untuk mengesat air mata perempuan yang menangis~
aku,dan abang.. satu kisah di zaman kanak2 yg banyak kemanisannya.. selalu bergaduh.. memujuk..dan saling melindungi.
---------------------------------------------------------
aku dan dua orang abang..hahaa~ 1 kenangan yg paling indah..

1) selalu jer men wrestling atas katil waktu magrib. letak bantal peluk kt bahu then men tolak2 sampai jatuh katil. pastu, kena pukul ngan ibu coz tak semayang lgi.kelam kabut lari nyorok lam bilik air. selalu aku yg kena sebab sorang abg aku masuk bilik air, sorang lg lam toilet. aku?? nanges mintak ampun..hee~

2) hak milik bantal peluk ngan cadar katil memang tak ley tukar. kalau ibu basuh, pastu silap pasang, mesti ader yg merajuk. "abg pnyer cadar nape kt katil adek?nk balik!" hahaa~

3) kalau ader makanan laen cikit, mesti nk rasmi dulu. saper dapat rase makanan tu first, dier lh yg paling hebat. yg terlambat akn tarik muka sehari semalam. tak pun mogok tak mau makan sehari.hehee.

4)kalau ader camping ker,masuk utan ker, mesti aku kna tinggal. kata abah, perempuan tak boleh. dengki punyer pasal, biler abg2 tak der, aku sorok barang2 penting dorang pastu wat muka tak bersalah.~

5)biler turun maen petang2, aku join jgak walupn game tu tuk lelaki. sungguh2 aku maen..hahaa tp selalu jer jd spairpart bile dorang tak cukup team.biler jatuh,luka, balik umah sumer kne pkul ng ibu~

6)abg2 men catur.. tapi tak bgi aku join. so, aku sorok salah satu buah catur dorang. last2 gado2 sampai nanges.

7) biler beli aiskrem, kne makan sama banyak.ader peraturan.tak lebey, tak kurang. lau sorang makan 1 cawan, yg laen nampak, msti gi tegok lam cawan tu bnyak mana. pastu banyak tu jgak die ambik tuk dia. kadang2, malam2 aku curi2 makan senyap2.banyak lak 2~

8) suker rebut remort control tv. sper yg pegang remort tu dier lh paling hebat. org laen memg takder peluang tgok cter laen. kadang2 mesti gado sampai nanges hempas2 pintu bilik. so, klau gi skola, aku mesti sorok remort tu.hahaa..

9)dalam kete, mesti aku dok tengah. so, dorang selalu sakitkn ati aku, kononnyer dok tepi lagi luas..ley sandar lagi.aku pun tnjuk perasaan n duduk kt bawah tempat letak kaki tu xmau naek atas kusyen.sampai dorang kna marah sebab usik aku~

10) lumba cabut uban tok paling banyak. 10 helai dapat 10sen.. so,kitorang cabut banyak2, saper duit paling bnyak memang rase hebat dh dapat beli gula2 bnyak.sebab aku pndai belakon,aku nages jer kuat2 then abah terus belikan gula2 1 pack.hahaa puas ati aku.

11) biler makan KFC, suker mkan slow2. kononnyer, saper lmbat abis, dier ley tayang kt yg da abis tu. so, buruk pnyer perangai, kadang2 ader yg sorok separuh. biler yg laen da abis, die akn kuakn lg separuh tu n makan depan2 dengan muka tak ley blah nyer..

12)aiskrem pop, yg leh patahkn kt tengah 2.klau share mesti nk yang ujung tajam 2. kononnyer lagi bnyak.. padahal,lebey nyer cikit jer pn.hahaaa~
---------------------------------------------------------
bnyak knangan yg berlaku.. pahit, manis.. tp itu zaman kanak2.. sekarang, bilik air da ader 3.. cukup sorang satu. tv pn ader 4, kt dapur pn ader.. tapi sedeynyer... bilik air,sunyi.. tv pn da berabuk.. bilik, tak payah basuh cadar selalu..sebabnyer, masing2 da jauh..ada masa dpan sndiri.yg tinggal cumer knangan.. namun,kenangan sentiasa diulang..nk mkan KFC, tak rebut2 lgi,tp kongsi dan mkan sama2..tgok tv dan maen catur sama2.. dulu pilih cadar dan bantal paling cantik utk diri sendiri.. tp semalam, katil along aku yg pilih cadarnyer.. aku yg hias bilik pengantinnyer.bkn untk aku,tp utk dier.. biler tgok tv, aku ajak angah tgok same2.. tak rebut remort lagi.. dalam kereta, tak payah gado lagi..sebabnyer, kete pun da laen2..

Semoga cinta aku dan abang, kekal selamanyer..

Tuesday, March 8, 2011

mak GUARD, kenaper??

Gara2 ngantok sngat and da pukul 12 lebey, so aku balik sorang2 coz nk rest jap sebelom gi amali kul2. otw nk balik, si akem gedix ayam tu sngaja jer jerit nama mamat paling popular kt UPM neh.hahaaa~~sengal! ptang tu kt amali memang sedap ar kne belasah ngan aku, tdi tak sempat sebab dier jauh sngat kn.. ngah jalan2, dari jauh nampak laa plak sorang mak guard nga round2.. tetiba, die tanyer, 'dik, nama kamu aien kn?' dr jauh lak tu. uhhh...????? tekezutt den!
ngan muka poyo aku jwab ler yer then tanye balik knape? dalam ati, issshhh aku wat salah ker?? prob disiplin? xder. prob kad warga kne tahan?? xpnah lak kua lewat malam. dating??? ushhh ner der.. kne saman??aku tak rempit pun lam kampus. pastu sambil snyum mak guard tu blah n cakap, 'takder paper..sajer je' aikkkk???
Haaaa.... aku agak nie mesti 'geprenz' si pak guard yg slalu dok kacau aku neh.hahahaaa~ adoyaiii.. memang cri nahaz. yelaa kt kampus nie, hidup sush lau wat hal ngan guard.. sebab tu aku wat baek kn.hee. tp pak guard tu juz slalu tegor2 jer, then aku snyum balik jer pn. dr sem lepas lgi. baru2 nie, nmpak dier slalu dating ng sorang mak guard tu, tapi ase bkn yg tegor aku td.hahaaa lantak ahh... sy budak baek, tak wat paper pown kn..

p/s: kpda mak guard, terasa femes kjap biler tau nama sy.hee~

Sunday, March 6, 2011

Its me on march!

Akhirnya.. tiba gak bulan killer tuk semester ney.. ADOYAIII...~~~ nk tarik nafas dalam2 pun tak sempat.. tido trganggu..hahaaa~~ otak aku ney bkn robot. so for the 1st time aku tpksa laa print kalender, then bulat2 kt tarikh2 penting.. xckup, wat notic kt desktop laptop. watnyer tlupa paper, mati laa nk cover.. mane sempat.. bnyak lgi mende kne wat, tp set kt fon suda. discussion lgi.. naseb baek laa ibu da col semalam, idak msti bising sbb sonyap jer. sem nie, abis bulan5 plak.. patutnyer bln4.. so cuti kjap jer laa. jadual final lak tak kua agi,adehh.. dorang ingat tiket flight cam tket bas ker??da laaa CIMB da kering ney..lg 2bulan nk survive, ckup ker?? tket balik 1 way bajet RM200.. sah2 kne sapu kt bapak aku lgi..adoyaii serba slah pn der.. paper pn, "aja fighting!!"

p/s: rindu kt adek aku~

awak..cukup laaa..

Cukup laa awk... sedalam mana lgi luka yg awk nak sy rasa~~
Tak cukup ker 1 luka yg belum pun berparut, awk adakan luka yang baru. dalam... sedalamnya... awk suruh sy cri khidupan baru, kebahagiaan baru.. macam mana semua tu nk berlaku dengan luka yg semakin parah nie.. kenapa ajar sy erti bahagia..?? sekarang sy t'cari2 dmana bhagia tu.. Sy merayu..sy tak harapkan bahagia pun, sy cuma nk sembuh dr luka nie jer.. biar berparut pun tak per asal ia tak berdarah lgi.. sy da tak kuat lgi awk.. sy da tak mampu nak sambut tangan sesiapa pn utk bangun.. sy da tak der kekuatan tuk bina kepercayaan lagi.. mustahil sy akan bangun dan sambut tangan yg dihulur kerana sy yakin pasti akan ditolak jatuh dan terluka semula~ mereka tak faham.. hati sy pernah jatuh.. jatuh bersambut. tapi kenapa dilepaskan.. jatuh semula dan berkecai.. mustahil bagi mereka cantumkan semula.. kerana sy sendiri belum mampu mencari setiap serpihannya..

I don't run away from you.. I walk slowly and it hurt me that you don't care enough to stop me~

Thursday, March 3, 2011

I'm trying..


Dear my tears... please stop...
why u didn't hear me... Please dont hear what my heart saying...
Why.. I'm trying.. but tears still flow never stop..
cry Pictures, Images and Photos

Animation Glitters Picture Comment"jika cinta itu tidak mampu tumbuh sendiri, tidak salah untuk kita menyemai, membaja agar ia tumbuh dan membunga.." Tuhan temukan kita dengan orang yg salah agar kita dapat belajar dan menunjukkan bertapa tinggi kebesaranNya..

p/s: love will never end..

Saturday, February 26, 2011

awak nak tau tak..?

Memang laa mase tu sy budak2 lgi.. tapi sy faham jer apa tu erti suka~~
sweetz nyer awk mase 2.. suker sngat tengok awk. hari2 sy nmpak awk.. kt tmpat yg sama.. tapi tak tau la awk perasan sy ke tak kn..
Kawan sy ckap awk cute?? isshh jelez nyer sy.. knaper? sy pn tak pasti mase tu.. but, thanx tuk kawan sy.. sebab kalau tak kerana dier, sy tak tau pn nama awk.. yg kelakarnyer, mulanyer sy dpat tau nama awk tapi salah.. hahaa~ pastu, dgar awk excident.. uhh risaunyer sy. tp sy nmpak awk, awk ok jer.. hehee pas tu baru laa tau nama sebenar awk..

Setiap ari, bila lalu tmpat tu msti sy akan cari awk.. kadang2, sy perasan yg awk pandang sy balik sebenarnya..hahaa~ btol ker? then, sy terus larikan pandangan ke arah lain.. sorang kenalan kawan sy, kawan awk.. 1 day, kawan sy nk jumpa kawan awk.. dan masa tu, kebetulan sy pn ikut sekali. tiba2 sy nampak awk~~ ahh nervous nyer sy!! sy tgok awk, awk pandang sy.. sy pn wat muka serious, tp awk tak tau dalam ati macam nak gugur jantung sy.hahaa~~

Tiba2, awk lambai ke arah sy.. haa?? sy toleh kiri, toleh kanan, belakang pn sy toleh walaupun sy tau blakang sy tu mne ader orang sebab kiter maser tu kt tinggkat 2.. sy pandang awk semula. masa tu, awk dengan kawan2 awk yg sangat ramai, sumanyer pandang sy~ then.., sy senyum pada awk.. awk senyum semula pada sy dn semua kawan2 awk teramat happy mase tu ntah la knaper..

Sy crita pasal awk kt kawan rapat sy yg mne dier pn kwan awk. then, dier bg no fon awk pd sy, tp sy tak mintak pn.. lama sy simpan fon no awk tu~ akhirnya, sy MC fon no awk.. awk anta sms tnya saper sy, sy pun dengan lurus bentul dan rasa langsung tak bersalahnya gitau nama sy.. tapi, awk tak percaya, peliknyer sy mase tu. awk cakap, sy ni mungkin kawan awk yg sengaja nk kenakan awk. sy terfikir, kalau awk rase sy kwn awk, ape yg membuatkn awk fikir kwan awk nk kenakan awk dengan gunakan nama sy, sedangkn awk tak kenal sy pn kn.

Lama lepas tu, kiter jadi kwn.. happy nyer sy raser.. tp, tak seronok laa.. sebab lepas tu rmai orng mula knal awk.. dan ramainyer perempuan suker awk.. isshhh!! mula2, awk sngat pemalu orgnyer..~~ walaupun awk selisih ngan sy, awk langsung tak tegur sy. dan sy, langsung tak boleyh nk pandang awk~ lajunyer jantung sy.. dan kite slalu ckap, "macam ader letrik"..hehee~
lame2, awk mula brani tegur sy, dan sy dh boleh pandang awk, tepat ke dalam mata awk..

Hari tu, dr jauh sy nmpak awk berbaju melayu merah.. hensemnyer awk!! sy snyum sorang2.. bila sy sedar, ramainyer tengah pandang awk.. dan sumernyer ckap jtuh ati pd awk.. isshh nk marahnyer sy! awk sy punyer lh! sy terus pegi dekat awk, biar sumer orang tau yg sy tak nak orang pandang awk.hahaa~~

Makin lama, kiter kerap gado.. nakalnyer sy slalu sakitkn ati awk.. awk pjuk sy, hari2 awk pjuk sy.. tp, egonyer sy.. sy hadiahkn awk lukisan.. awk pn nk bagi jgak, tp awk ckap awk tak pandai melukis.. awk tetap cuba.. dan.. cantiknyer hadiah lukisan dr awk.. awk lukis pantai.. awk jugak lukis masjid.. awk ckap, kita akn bertemu di situ dan bina kebahagiaan.. sayunyer sy masa itu.. menitis air mata sy dengan kesungguhan awk.. tp, kuatnyer ego sy tak terlawan segalanyer. awk tetap tak putus asa.. awk nk buktikan syg awk pd sy cuma 1 dalam dunia. jadi, awk buatkn sy kicing bentuk hati.. cantik, memg cumer 1 jer dalam dunia.. sebaknyer sy.. smpai luka2 jari awk ukir kicing tu.. sy pn hadiahkan awk 1 kicing caple.. awk simpan 1, dan sy simpan 1.. sy nmpak awk simpan dalam dompet..

Hari tu..hujan turun lebat sangat.. selebat air mata awk.. kejamnyer sy masa tu buat awk menangis..depan sy...awk bukak dompet, keluarkan kicing pemberian sy dan pulangkn pd sy.. tp sy tetap pjuk awk.. awk simpan semula kicing tu dan terus bangun tinggalkn sy dalam hujan lebat tu..tergamam sy masa tu.. air mata awk, padam api kemarahan sy..sejukkan ati sy.. lepas awk pegi, baru air mata sy mengalir selajunyer..lepas tu, kita semakin jauh,, tp kiter tetap baek.. sy dgar, kt tempat baru awk da ader kekasih.. sedeynyer sy.. sy cuba tuk lupakn awk.. dn akhirnya, kita terpisah oleh jarak yg sangat jauh merentasi laut.. sy ditempat orang, begitu juga dengan awk..masa memisahkan kita, sunyi tanpa berita..

1 hari, kiter bertemu kembali.. dan hari itu, kita bukan lagi seperti dulu.. sy juga dah kenal erti syg dan cinta~~ sy sedar sy sayangkan awk.. syg yg teramat sangat.. rindunyer sy pada awk..
ada yg katakn pd sy, kisah kita cuma "kebodohan zaman dulu"..sedeynyer sy... tp awk pujuk dgan kata2 smangat.. awk nafikan sumer tu..sy bahagia ada awk semula walaupn tak semanis dulu..sy cuba tuk kembalikan kita seperti dulu..semakin sy mencuba, sy sedar awk semakin menjauh..awk berikan harapan,tp kadang2 awk berikan kekecewaan..ntah di mana silapnyer, awk mula menyepi..sy tertanya dan trtunggu2.. impian dan harapan hampir terkubur.. namun awk dtang semula membungakn kembali harapan, lalu biar gugur di musim luruh..sy keliru..

akhirnya, penantian sy terjawab.. terjawab melalui pandangan mata.. lama sy pendamkn rase kecewa yg teramat sngat.. lalu, dengan kekuatan yg tak seberapa, sy tabahkan hati untuk menerima apa sahaja dr awk.. sy kuatkn hati untk bertanya kepada awk.. dan awk ckap, awk bkn utk sy lgi.. air mata sy mengalir bersama sejuta harapan~~ mungkin ini balasan sy.. mungkin ia juga air mata yg sama yg pernah turun di pipi awk di depan sy dulu.. sy redha..
biar berat tuk menerima, biar penantian akn sia2, sy tetap yg dulu..yg setia pd jnji akn tetp trus menanti~~

p/s: aku budak sekolah: 19/7/06

Tuesday, February 22, 2011

mo0d: nG@ntok!

~ wait 2 see this moving animated cat ~
aku ngantok ok!!
da nampak bintang2..
assignment.. assignment.. report.. present.. @@@@
kill all the lectures!

90% mengatakan perempuan tidak suka lelaki berbaju pink.
adakah benar??
atau...
90% lelaki berbaju pink tidak suka kepada perempuan??
--------

Sunday, February 20, 2011

TerB@ng BuruNg terb@Ng

Terbang burungku terbang,
terbang tinggi ke awan,
manis tutur bicara si abang,
membuai si gadis dalam khayalan.
*
Cari ku cari si burung nuri,
nuri ku ada di tepi perigi,
mana nak cari seorang lelaki,
beriman berbudi bijak bestari.
*
Cantik sungguh si burung merak,
tapi sayang terbang tak tinggi,
cantik rupa janganlah bongkak,
kelak pasti merana diri.

Mana nak sama enggang dan pipit,
bila bersama tidak sepadan.
bercinta sanggup berhabis wang ringgit,
nasihat orang tua langsung diketepikan.
*
Terbang si pipit membawa diri,
terbang pergi mencari pelangi,
kalau mahu cinta sejati,
ia ada pada cinta ILLAHi.




Saturday, February 19, 2011

2 tahun suda di UPM..

Sekejap jer masa berlalu.. I'm 20! 0ohh no.... hahaa.. but still 19 lh ok. hmm... pejam celik, pejam celik dah hampir 2 tahun kt over the sea ney. mane lagi lau bkn kt SARAWAK! sebab pe ley sampai sini, sumenyer sbb UPM..
Ingat lagi, memang laa pas SPM dulu ader apply upm..tp tak sangka laa plak yg dip kt upm tu faculty nyer kt bintulu sarawak, adoyaiii... but, I'm happy with that.. best blaja kt sini.. 2 tahun, suke duka semua ada.. Now, I'm in 4th semester!! eh, cpatnyer~~ tggal 1 sem jer lg,then gi practical... hmm... Dulu, slalu t'tanya2 bila laa nk abis belajar kt sini. da tak sanggup rasenyer. sekarang, sedeynyer~~ tak sanggup nk berpisah ngan kawan2.. tambah plak bila sumer da macam 1 family.. yelaaa sumer student kt sini hampir 90% dr semenanjung.. sumer sama, mak bapak jauh2.. so, memang da macam 1 family.

Tinggal 1 sem jer lg boleyh bgurau senda ngan budak2 kt sini.. sejak akhir2 nie, slalu jer terfikir, nk sambung belaja ke tak?? 1 soalan yg susah nk jawab.. lau sambung, memang sah2 kt UPM serdang nu.. lau de rezeki, dapat jugak kt U lain. but, nie bkn soal nk sambung or tak. ni soal hdup dan mati,hahaaa~~ sebab aper??
Sebab, masih sanggup kah nk mengulangi hidup di kampus sebagai seorang yang bergelar JUNIOR!!! hahaaa... 0h NO...!!! menakutkan!sumpah!

Tak mau dh... minggu orentasi yg sangat menakutkn macam kem tentera! tido kul3, kul 4.30 da kena bangon.
lari sana, lari sini.. function 2, function nie.. ngan assingment lagi.. o0hhhh... sebulan lak 2.. da abis, orentasi kolej kediaman plak seminggu... da abis, ada lgi.. orentasi kos plak.. tak mau..tak mau..hahaaa~
tapi, bak kata orang tu laa pengalaman yg pling manis kalau kita belaja kt U nie.. mggu orentasi lh yg paling best n susah nk dilupakan..n yg tu lh yg buatkan kita rapat antara satu sama laen.. aper pn, I LOVE UPM!

For now, just need 2 focus 4 my study. hope dapat trus tingkatkn pointer.. kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan.. klau ditakdirkan tuk sambung belaja.. is ok..juz enjoy jer laa kn. actually life in campus is the best after school. bak kate sorang lecture nie, kamu belajar kt sekolah cara bagaimana tuk hidup berdikari di universiti. tp, kamu belajar di universiti adalah bagaimana untuk kamu survive dalam kehidupan kamu yg sebenar.

Thursday, February 17, 2011

CahaYa keHIDuPan..


Flickering Candle Pictures, Images and Photos
Aku hanya merancang,
Tuhan yang menentukan..
ku pasrah pada ujian,
biarpun datang menghujan,
namun adanya hikmah seiringan,
untuk ku fikirkan..
Biar segetir mana ujian melanda,
baik berjaya atau kecewa,
baik suka atau terluka,
ku terima dengan hati terbuka..
kerana memang begitu HENDAK-NYA,
ku yakini itulah yang terbaik dariNya,
buatku, seorang hamba..
Hanya Dia,
MENGETAHUI SEGALANYA..


On The RaINy Day~

Rain..
it is the rainy day
I see you
you are alone when it rains
I watched you in silent
my heart trembled in silent at the time.
That day, it rained again..
that day, you along with me
but that day..
I have hurt your heart
in the rain you left me
along with the rain in your eyes..
I just want to apologize,
for all the things I have done and said
I hope you will forgive me
because that was not what I meant to do..
I'm sorry..~~

I hope when it raining again, you'll come back to me....


Wednesday, February 16, 2011

Berhenti berFanTasi, teRiMa RIAliti

Hrmmm.. udah2 ler tu... bak kata bebudak neh, kaw da besar.. da boley fikir.. hahaa~~ boley laa trime ayat tu ok. Bila fikir balik, da hampir 20 tahun pun hidup kt dunia nie.. selama nie, boley jer hidup. tak kan laa sebab hal yg just beberapa tahun jer pun nk mengalah kn??
Tak der siapa pun ley tolong kalau tak bukan diri sendiri. memang sakit nak terima kenyataan, sumua da berakhir.. But, si abang bakal pensyarah tu cakap, sebab sorang jer, tak der effect laa.. ada lagi beribu orang dalam dunia nie~~ ha, betol la tu.. tapi memang laa ada beribu, tapi lau dh nampak nyer satu jer nk wat cane..

Is ok, is alright, FIGHT!FIGHT!FIGHT..!!
betol laa sorang tu ade cakap, lau nk kawal diri, biar guna minda.. jangan guna emosi.. idak, merana.. nk wat cane, da memang prempuan nie kuat beremosi yer x... Tak pe, from now I'm trying the best.. let go, n let GOD help u! ayat yg slalu diguna masa karangan SPM dulu, skang brmakna plak. BERHENTI BERFANTASI, TERIMA REALITI!
Sepanjang hidup ini, tak semuanya seindah pelangi. banyak waktunya kita diuji.
Hanya kesabaran menjadi benteng diiringi doa dan tawakal yg tak pernah putus. Jika Tuhan mengambil sesuatu yg pernah menjadi milik kita, sabarlah dan percaya dalam hati bahawa Dia sebenarnya telah menjanjikan sesuatu yg lebih baik dri apa yg telah Dia ambil...

p/s:- "kun fayakun" jadi, maka terjadilah ia.. tiada yg mustahil di dunia ini, segalanya mungkin dengan izin Allah.. aminnn...

Thursday, February 10, 2011

jUz a little bUNny..!!




Hey teDDy girl..!!heee
caner erk.. sorang budak perempuan yg sangat suker kn teddybear, dr kcik smpai da besaw pn still kne ada teddy. skang tetiba da berubah ati plak.

Dari kecik, sampai nanges guling2 lau tak dapat teddyBear.
nk tidow tak kn boley punyer lau tak der si teddy.huh..!!
sape2 yg nk masuk jarum pn, tak di layan lau tak der teddy ok.hahaa~~
dr sekecik2 teddy sampai yg sama tinggi, sumer ade.
dr yg beli sndiri sampai yg org bagi pn, sumer sayang giler kot.

Tapi, ntah nape sejak akhir2 nie suker lak nengok si BunNy..hee~~
sangat lh cumhel..weee~~ baru ingat, dulu masa kecik2 banyak koleksi bunny nie. ader 1 paling syng giler, adiah dr along tersayang.. sangat sayang..

suke la tengok bunny, cute sangat2!!
eee.. so geramm!! Daddy.. i want that bunny.. Actually, tak der la dikira curang sebenarnya dengan si teddy kn. same jer.. hahaa ( juz menyedapkan ati sendiri). tak per.. tuk my teddies, dunt worry hunney, sy tetap cayunk kamo0.. sekadar nak tambah koleksi si comel sy jer.. tak kan tak boley kn?? wink..wink..!!

Monday, February 7, 2011

y0u..~~

you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you.

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine.

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here.

i know it's me who say good bye
and that the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you.

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do.

Sunday, February 6, 2011

Best Friend by KiTarO


Mou daijoubu shinpai nai to nakisou na watashi no soba de
itsumo kawaranai egao de sasayaite kureta
mada mada mada yareru yo datte itsu demo kagayaiteru
toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao deitsumo no you ni dakishimeta
anata no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best Friend

Konna ni takusan no shiawase kanjiru toki wa shunkan de
koko ni iru subete no nakama kara saikou no purezento
mada mada mada yareru yo datte itsu demo minna soba ni iru
kitto ima koko de yari togerareru koto sonna koto mo chikara nikawaru
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
minna no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best Friend

Toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
anata no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best Friend

Zutto zutto zutto Best Friend


Sy tidak perlu bimbang lagi, kerana kamu akan di sisi saat sy menangis
kamu selalu tersenyum pd sy
Saya diberkati kerana kamu selalu bersinar dibelakang sy
semua yg kita lalui pd waktu itu,begitulah ia berlaku..
Wajah yang selalu memandang,
Selamanya saling berpelukan,
kamu tahu,senyuman kamu menemani saya ke hujung waktu,
Terima kasih, terima kasih Sahabat Baik..

Banyak kebahagiaan yang saya rasakan saat ini
Semua teman-teman yang saya miliki di sini, kamu adalah hadiah terbaik
Saya diberkati kerana kamu selalu berada di sisi kami
Tentunya semua yang telah saya capai di sini,
semuanya memberi sy kekuatan(berubah menjadi kekuatan)
Wajah yang selalu memandang
Selamanya saling berpelukan
kamu tahu,senyuman kamu menemani saya ke hujung waktu,
Terima kasih, terima kasih Sahabat Baik..

Semua yg kita lalui pd waktu itu,begitulah ia berlaku..
Wajah yang selalu memandang,
Selamanya saling berpelukan,
kamu tahu,senyuman kamu menemani saya ke hujung waktu,
Terima kasih, terima kasih Sahabat Baik..

Selalu.. selalu.. selalu.. Sahabat Baik sy..


 

Pena Ungu Ain...aku hambaMu~ © 2008. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner